Yorais & Utusan: Waspada kahwin campur

PUTRAJAYA 25 Feb. - Golongan muda termasuk kalangan artis diingatkan supaya berfikir ‘beribu kali’ sebelum memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.

Malah, kata beliau, kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan dari kalangan warga kulit putih atau mat saleh.

''Tetapi perkahwinan campur di Malaysia melibatkan si lelaki atau wanita dari kalangan bukan Islam yang kemudiannya memeluk Islam begitu berjaya berbanding kahwin campur dengan warga asing dari barat ini.

''Ini sudah jadi lumrah, jadi, orang muda termasuk kalangan artis boleh mengambil iktibar ini dan sekiranya mahu menelaah kajian ini yang turut dilengkapi dengan panduan, anda boleh mendapatkannya daripada bahagian pendaftaran perkahwinan sivil dari rekod simpanan syariah di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya pandangan beliau berhubung keretakan rumah tangga aktres Maya Karin, 31, yang dilaporkan sudah tidak sebumbung dengan suaminya.

Pelakon jelita yang mengesahkan perkara itu memberitahu, punca keretakan rumah tangganya dengan suami, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali, 41, dari Itali sebagai kesilapan mereka sendiri kerana tidak menyedari faktor perbezaan budaya sewaktu seronok bercinta.

Enggan langsung mengulas pergolakan rumah tangga yang dihadapi Maya Karin, Rais yang juga pakar perundangan dan Perlembagaan Persekutuan berkata, realitinya banyak liku yang perlu dihadapi oleh pasangan kahwin campur.

''Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak negara masing-masing.

''Cuma, kebanyakan perkahwinan lebih didasarkan kepada ‘asmara pendek’, maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan," katanya.

Dari segi undang-undang pula, kata Rais, pasangan kahwin campur dijangka menghadapi masalah yang agak berat jika perkahwinan mereka bergolak.

''Tidak semudah itu juga untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia, dalam soal ini ia adalah lebih mudah jika melibatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia berbanding sebaliknya.

''Ini disebabkan taraf kewarganegaraan dalam Seksyen 16 dan 17 Perlembagaan Persekutuan adalah terasas pada pertimbangan kebapaan dan bukannya keibuan," katanya.

Kata beliau: ''Apatah lagi (meruncingnya perkahwinan campur) kalau pasangan terbabit ada anak, maka si bapa akan ‘melarikan’ anak kembali ke England dan Eropah, dan dalam soal ini, perkahwinan campur yang gagal, adalah lebih baik jika pasangan itu tiada anak."

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

*In Sarawak & Sabah, there are lots of mixed marriages due to racial harmony ALREADY being achieved.

tidak terlintas kah di sudut minda anda yang pergolakan perkahwinan campur ini lebih banyak berlaku di kalangan pasangan muslim?? renungkanlah…

Tidak boleh anda mengatakan banyak berlaku di kalangan pasangan muslim? Selagi dia bernama “manusia”, perkara kahwin cerai sudah lumrah tak kira bangsa atau agama. Cth ada satu mamat cina ni agama kristian ada isteri tetapi kerana syok kat amoi satu tu dia kasi cerai bini dia and kahwin satu lagi, so bukan setakat tu saja masih juga menyimimpan pompuan lagi siap sampai 3 orang. Kalau 3 orang tu dia kahwini tak apa ni tidak siap sampai lahir anak luar nikah. Sebab itu saya cakap bukan hanya berlaku pasangan muslim. Jadi anda tidak boleh menunding jari sesama manusia. Kahwin cerai paling banyak berlaku di Semenanjung berbanding Sarawak. Orang semenanjung ni lah banyak merosakkan bangsa Melayu berbanding Melayu Sarawak. Jadi renungkanlah perkara itu. :roll:

Celebrity marriage almost never lasts even among local celebrities. Rais made a poor choice of using Maya Karin as an example.

true…it should have been no name(s) mentioned…

it’s not about ‘kahwin campur’. it’s all about commitment. artists in the pasts can live happily ever after, until now. why can’t the new generation?

its Rais way of saying to Maya Karin, that “its ok if your current marriage a failure…I’m always available, besides I’m pure blooded Malay and this is a plus to our future relationships”

indirectly…

Yorais should read this.

http://www.newser.com/story/81777/inter … women.html