Wong nafi akan bersara dari politik

Oleh Jessica Jawing//

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh menafikan khabar angin bahawa beliau akan bersara daripada karier politiknya.

Malah Menteri Kewangan Kedua itu berkata, tindakan bersara itu seolah-seolah mengkhianati sokongan ahli UPP.

“Tidak (bersara) saya diikat oleh kewajipan untuk me-mimpin parti sebagai presiden parti. Saya perlu memimpin parti dan tidak boleh mengkhianati semua sokongan dan keyakinan diberi kepada saya untuk menubuh parti ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mempengerusi mesyuarat jawatankuasa pusat UPP di ibu pejabat parti di sini, semalam.

Tambahnya, terdapat 26 cawangan parti dan lebih 30,000 ahli UPP seluruh negeri yang mengharapkan kepimpinan beliau.

“Saya tidak boleh membiarkan mereka dan saya perlu memikul tanggungjawab ini malah untuk tempoh lima tahun akan datang,” tegasnya.

Ditanya mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Bawang Assan, Wong berkata ia terpulang kepada Ketua Menteri untuk menentukan. Begitu juga katanya jika beliau bertanding atas tiket UPP atau BN, ia terserah kepada Ketua Menteri juga Pengerusi BN Negeri.

Kelmarin di Miri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjelaskan akan ada calon BN terus diletak di beberapa kerusi milik Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), namun beliau tidak menyatakan berapa ramai akan menjadi calon BN terus itu.

Sehingga kini beliau mengesah dua kerusi milik SUPP iaitu DUN Bawang Assan dan Dudong akan diletakkan calon BN terus.

Sementara itu, Setiausaha Agung UPP George Lo ketika ditemui pemberita, mene-gaskan tidak ada peletakan jawatan oleh mana-mana ahli parti.

“Terdapat sokongan besar kepada UPP seluruh spektrum sama ada peringkat akar umbi hingga badan koporat. Ia dibukti jelas dengan Tabung Pendidikan UPP meraih RM33 juta dalam masa dua minggu daripada badan korporat.

“Komuniti Cina juga mempunyai harapan tinggi kepada parti dan kami mampu membawa balik Cina menyertai kerajaan,” menurut beliau.

Lo berkata, UPP ditubuh bagi memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat mahukan per-ubahan dan UPP mewakili harapan mereka mahukan komuniti Cina balik bersama kerajaan.

“Kami tidak bersedia dan tidak akan meletak jawatan daripada UPP hanya untuk menjadi calon.

Jika kami meletak jawatan ia seperti kami mengkhianati sokongan serta kepercayaan kepada mereka datang bersama serta membantu membentuk parti ini,” jelasnya lagi.

Sebelum ini juga Ketua Menteri mengingatkan bahawa jika parti politik atau calon terus BN menang pada PRN kelak, mereka bebas memilih dan menyertai mana-mana parti komponen dalam BN.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/26/wong-nafi-akan-bersara-dari-politik/