Warga Kuching nyata amat gembira tol Jambatan Tun Salahuddin dimansuhkan

HARI-HARI TERAKHIR: Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dimansuhkan kutipan tol berkuat kuasa tengah malam tadi.

HARI-HARI TERAKHIR: Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dimansuhkan kutipan tol berkuat kuasa tengah malam tadi.

KUCHING: Sejak pengumuman pemansuhan tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin tersebar, warga Kuching terutama yang kerap menggunakan laluan berkenaan amat gembira.

Senyuman lebar jelas terpapar di wajah mereka apabila melalui jambatan merentas Sungai Sarawak itu pada saat-saat akhir operasi tol yang dikutip oleh Zecon Bhd sejak Oktober 2003.

Rata-rata orang ramai mengaitkan pemansuhan tol itu dapat membantu mengurangkan beban kewangan.

Ia dimansuhkan secara rasmi berkuat kuasa tengah malam tadi serentak dengan sambutan Tahun Baharu 2016 seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 16 Disember 2015.

Majlis bagi meraikan pemansuhan tol itu juga diadakan dengan meriahnya di Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di sini malam tadi.

Pada pertengahan tahun ini, kerajaan negeri turut memansuhkan tol di Jambatan Lanang, Sibu dan Jambatan ASEAN, Miri.

Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin siap dibina pada September 2003.

Ia dirasmikan pada 21 September 2003 oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menjadi Ketua Menteri.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/01/01/warga-kuching-nyata-amat-gembira-tol-jambatan-tun-salahuddin-dimansuhkan/