UNIMAS = Universiti Sains Sarawak? (Stupid Utusan Malaysia)

ARKIB : 24/08/2011
Fatanah mohon bantuan ke Universiti Sains Sarawak

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0824/utusan_malaysia/Kampus/ka_07.1.jpg
FATANAH Azmi menunjukkan surat tawaran Unimas di rumahnya di Kampung Kandis Bachok, baru-baru ini.

BACHOK 23 Ogos - Hasrat seorang lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Badak di sini, untuk menyambung pelajaran ke menara gading September depan mungkin tidak kesampaian kerana keluarganya tidak mampu menyediakan tiket penerbangan dan yuran pengajian.

Fatanah Azmi, 20, dari kampung Kandis di sini berkata, berdasarkan keputusan STPM tahun lalu, dia layak menyambung pelajaran ke Universiti Sains Sarawak (Unimas) dan pendaftaran adalah pada 6 September ini.

Bagaimanapun katanya, disebabkan lokasi pengajian di Sarawak yang memerlukan dia menyediakan tiket kapal terbang dan yuran pengajian RM1,414, keluarganya tidak mampu menyediakan perbelanjaan tersebut.

"Selepas mendapat tawaran tersebut pada pertengahan bulan lalu, saya cukup gembira kerana cita-cita meneruskan pengajian ke menara gading akan menjadi kenyataan, tetapi memandangkan lokasinya jauh dan perbelanjaan yang tinggi, saya berasa kecewa.

“Keluarga saya hanya bergantung hidup pada pendapatan bapa sebagai nelayan yang tidak menentu. Emak pula tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Fatanah merupakan anak keempat daripada 10 beradik bagaimana pun tidak berputus asa dan memohon mana-mana pihak agar dapat membantunya meneruskan pengajian.

"Saya telah menghantar borang rayuan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) supaya memberi peluang saya menyambung pelajaran di Semenanjung walaupun saya mempunyai keinginan untuk merantau dan meraih pengalaman di Sarawak.

“Begitu juga dengan permohonan bantuan kepada beberapa pihak di sini yang pernah berjanji akan memberi keutamaan kepada pelajar yang mendapat tawaran ke universiti tetapi masih belum mendapat apa-apa maklum balas,” katanya.

Pihak Unimas katanya, menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Teknologi Seni Reka) di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif selama tiga tahun .

“Di dalam surat tawaran tersebut saya juga dikehendaki membayar RM2,492 yuran pengajian setahun manakala selebihnya ditanggung kerajaan RM6,779,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.as … m&arc=hive

Where in hell is Universiti Sains Sarawak?

Universiti Sains Sarawak :lol:

one of the reasons why i’m not excited reading the local newspapers nowadays

Utusan paper is useless one, even the reporters and editors are craps and bunch of ■■■■■ :evil:

Didn’t know the government is so generous…

LOL paloi nang steady la Utusan hahaha

Only thing worth reading at Utusan is to see the intisari rancangan.

lols…i never read 1 b4. coz i only read sin chiew, daily.

Dunno what it looks like, (i sounds like frog inside well lols)

lols…i never read 1 b4. coz i only read sin chiew, daily.

Dunno what it looks like, (i sounds like frog inside well lols)[/quote]

I don’t actually buy the paper. Just head online, straight go to the tv program section. Everything else is just junk.

what a shame for utusan malaysia…

Utusan = UMNO chronies…

n toto,magnum,sweep results

n toto,magnum,sweep results[/quote]

Aik…they have that advertised in a MALAY daily?