Tun Taib terima kunjungan hormat Putit dan Sudaryo

KENANGAN: Tun Taib (empat kanan) merakam bergambar bersama ahli Jawatankuasa Muktamar Keamanan Sejagat Antarabangsa 2015. Turut kelihatan Putit Matzen (lima kanan).

KENANGAN: Tun Taib (empat kanan) merakam bergambar bersama ahli Jawatankuasa Muktamar Keamanan Sejagat Antarabangsa 2015. Turut kelihatan Putit Matzen (lima kanan).

KUCHING:Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada rombongan yang diketuai Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen di Astana Negeri, kelmarin.

Kunjungan hormat itu bertujuan menjemput Tun Taib merasmikan Muktamar Keamanan Sejagat Antarabangsa 2015 yang akan diadakan pada 15 dan 16 November ini di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis penutupannya pula akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sejurus selepas itu, Taib turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Pengakap Laut Sarawak Jamboree (SEABOREE) yang diketuai Ketua Pengarah Pengakap Laut Sarawak Sudaryo Osman.

Kunjungan hormat itu juga diadakan untuk menjemput Tun Taib menyempurnakan Majlis Perasmian SEABOREE Sarawak Ke-4 dan Perhimpunan Pengakap Laut Kebangsaan Tahun 2015 di Miri pada 21 November nanti.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2015/11/11/tun-taib-terima-kunjungan-hormat-putit-dan-sudaryo/