Tingkat pendedahan kelebihan Mulu sebagai pusat pelancongan: Lee

TERIMA: Lee menerima cadangan itinerari resort ‘Unplug at Mulu
Marriott Resort & Spa’ daripada Mark disaksikan Chu (kiri) Alice dan
Roy semasa kunjungan hormat baru-baru ini.

TERIMA: Lee menerima cadangan itinerari resort ‘Unplug at Mulu Marriott Resort & Spa’ daripada Mark disaksikan Chu (kiri) Alice dan Roy semasa kunjungan hormat baru-baru ini.

MIRI: Kemudahan pusat peranginan bertaraf dunia tengah hutan pasti menarik pelancong datang ke Taman Negara Mulu, kata Menteri Muda Pelancongan, Datuk Lee Kim Shin.

Beliau yakin kemudahan dan perkhidmatan Mulu Marriott Resort and Spa menambah keistimewaan taman negara itu.

‘Kita harus terus memperkenal Mulu kepada pelancong tempatan dan asing kerana terdapat banyak boleh dikunjungi. Selain itu, kita juga memiliki resort (pusat peranginan) untuk keselesaan pengunjung tengah alam semula jadi,” jelasnya.

Lee berkata, gua, puncak (pinnacles), alam semula jadi dan budaya tempatan telah menjadi aset kepada Mulu selama ini.

Beliau memberitahu, operasi resort bertaraf antarabangsa akan menguatkan imej Mulu sebagai antara destinasi utama pelancong ke bahagian utara Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan rombongan Mulu Marriott Resort and Spa di pejabatnya baru-baru ini.

Antara objektif pertemuan ialah untuk membincangkan pelan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Mulu juga adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lee berkata, antara langkah pertama ialah meningkatkan pendedahan penduduk tempatan tentang Mulu, pusat peranginannya dan keistimewaa disampai kepada orang lain khasnya pelancong.

Hadir menemui Lee ialah Pengurus Besar Mark Cosyns, Pengarah Jualan dan Pemasaran Alice Fong Ai Lee, Pengurus Guest Experience Roy Abraham dan Pengurus Perhubungan Awam Chu Sze Chee

Pusat peranginan Mulu menerima Sijil Kecemerlangan kerana telah disenarai pendek Anugerah Terbaik Malaysia 2016 kategori Best Resort Experience (Pengalaman Pusat Peranginan Terbaik).

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/21/tingkat-pendedahan-kelebihan-mulu-sebagai-pusat-pelancongan-lee/