MIRI: Tiga daripada lima lelaki dituduh melakukan pecah rumah dan curi masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini petang semalam.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas ketiga-tiga tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 14 November lalu.
Manakala tertuduh ketiga dan keempat iaitu Nikko Bojing dan Semerdi Herman menafikan tuduhan itu dibenarkan dibebas dengan jaminan tunai masing-masing RM2,800 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu pengurusan kes ditetapkan pada 9 Disember depan.
Voon King Teck dari Sg Dalam Lambir, Goh Boon Hock dari Taman Tunku, Nikko dari Sg Seruas, Bakong, Semerdi dari Tudan Fasa 3 dan Iskandar Tukau (tiada tempat tinggal) didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Mengikut kesalahan ini, semua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, semua tertuduh melakukan pecah kedai dengan memecah masuk sebuah premis hiburan dan mencuri dua unit iPad jenama Acer berharga RM2,400.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu jam 3 pagi, pada 13 November lalu di sebuah premis di Marina Square 2 di sini.
Source: http://miri.my/2016/11/23/tiga-daripada-lima-lelaki-dipenjara-lapan-bulan/