Teresa Kok: Make a False Statement

[size=150]Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah[/size]

Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUALA LUMPUR 24 Sept. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu sama seperti makanan anjing tetapi pada 22 September menukarnya kepada baik sedikit daripada makanan anjing.

Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan, katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa tersilap membuat kenyataan dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.

Dalam reaksinya berhubung kontroversi makanan anjing yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan sama seperti makanan anjing tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA sama seperti makanan anjing ataupun sedikit lebih baik daripada makanan anjing, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China, katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?, katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Haiya, she think the food is “nasi lemak” a.k.a dog food flavor

I wonder, did she ever eat dog food? :roll:

Two molotov cocktails were thrown into her family home. This is highly provocative and can lead to very serious consequences, if her supporters refuse to take this lying down. It’ll be chinese vs malays once again!

maybe she wanted to say she was treated like a dog???
but that will put her in deep $hit…
so,just complain about the food…
and that statement also wana make a big deal out of it??? free country???

:roll: