Tempoh pelantikan semua Ahli Majlis MBM dilanjutkan

MIRI: Tempoh pelantikan semua Ahli Majlis atau Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM) termasuk Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dilanjut-kan sehingga Jun 2016.

Datuk Bandar MBM, Lawrence Lai berterima kasih kepada kerajaan ne-geri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat atas kepercayaan diberikan.

“Pelantikan 30 kaunselor serta Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dilanjutkan selama enam bulan lagi. Kita juga berterima kasih kepada Dato Sri Wong Soon Koh ke-rana melanjutkan tempoh perkhidmatan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, Majlis Angkat Sumpah penerima-an tugas diadakan pada Sabtu ini (2 Januari), di sini jam 11 pagi.

Program itu diteruskan dengan majlis makan tengah hari penghargaan untuk kakitangan MBM yang bersara, kebanyakannya berkhidmat lebih 30 tahun.

“Kita juga mengadakan Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis pertama untuk 2016 pada Isnin, 4 Januari,” jelasnya.

Lawrence berharap tahun 2016 membawa banyak kejayaan untuk Miri dari aspek 3E iaitu Economy (Ekonomi), Equality (Kesaksamaan) dan Education Excellence (Kecemerlangan Pendidikan).

Secara amnya, pembangunan ekonomi melibatkan usaha menjana industri pelancongan Miri sebagai bandar raya peranginan hijau sementara aspek kesaksamaan melibatkan semua kaum berlainan agama, budaya dan kepercayaan.

“Sekarang kita berbangga dengan kesaksamaan kaum di sini dan kita mahu capai 100 peratus kesaksamaan termasuk layanan sama untuk semua kaum,” jelas beliau.

Tentang pendidikan, penduduk diminta menyokong keputusan kerajaan negeri menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak.

Menurut Lawrence, pe-nguasaan bahasa Inggeris penting kepada rakyat melihat penggunaan bahasa itu sebagai bahasa antarabangsa.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/01/01/tempoh-pelantikan-semua-ahli-majlis-mbm-dilanjutkan/