Tanah isu besar dalam pelaksanaan Pan Borneo

Oleh Agnes Tugong//

TINJAU: Fadillah (kanan) meninjau perkembangan kerja pembinaan jalan di tapak Projek Kuching Serian (Batu 10 - 15) semalam sempena Program Jelajah Pan Borneo.

TINJAU: Fadillah (kanan) meninjau perkembangan kerja pembinaan jalan di tapak Projek Kuching Serian (Batu 10 – 15) semalam sempena Program Jelajah Pan Borneo.

SEMATAN: Tanah menjadi isu utama dihadapi ketika melaksanakan Projek Leb­uhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) sepanjang 1,089 kilometer (km) dengan ang­garan kos bernilai RM16.5 bilion.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cabaran utama berkaitan isu tanah melibatkan tuntutan ke atas tanah Hak Adat Bumi­putera (NCR).

“Tuntutan melibatkan tanah NCR selain tapak lot tanpa surat tanah merupa­kan cabaran terbesar diha­dapi kerajaan dalam pelak­sanaan dan pembinaan projek PBHS..

“Bagaimanapun isu mem­babit tuntutan dapat disele­sai secara rundingan antara pemilik tanah dan agensi yang bertanggungjawab atau menerusi mahkamah jika perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat Projek LPBS sempena Program Jelajah Pan Borneo anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) di Palm Beach Resort di sini malam kelmarin.

Program ini bermula dari Sematan hingga Miri selama tiga hari mulai kelmarin dan berakhir hari ini 6 Februari di tapak Projek Simpang Nya­bau- Simpang Bakun.

Cabaran lain termasuklah kerja pemindahan kemuda­han utiliti sedia ada ke lokasi baharu yang melibatkan kos tinggi selain kesukaran dalam pemilihan lokasi sesuai.

“Sebab itu saya mohan kepada orang ramai terutama pemilik tanah di sepanjang LPBS agar memberi ker­jasama terutama dalam soal tuntutan bayaran pampasan tanah bagi memberi laluan kepada projek ini.

“Jika boleh tuntutan yang dikemukakan biarlah berpa­tutan supaya kerja pembinaan dapat dilaksana dengan lancar demi kepentingan bersama,” katanya.

Projek LPBS merupakan titik sentuhan bakal dirasai seluruh rakyat Sarawak se­cara langsung mahupun tidak langsung serta pemangkin potensi pembangunan dalam pelbagai bidang.

Pelancaran projek LPBS telah dimulakan untuk jajaran Telok Melano-Sematan pada 31 Mac 2015 dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Untuk tahun 2016, terdapat 10 pakej akan dilaksanakan dari Sematan ke Miri sejauh 746 km yang disasar siap pada 2021 dan siap sepenuhnya pada 2023.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/06/tanah-isu-besar-dalam-pelaksanaan-pan-borneo/