Taklimat/Dialog session in Dewan Suarah Miri 16 April 2006

DatoTalib Bin Jamal
Pesuruhjaya Polis Sarawak
lbu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Jalan Badruddin,
93560 Kuching

Yang Berbahagia Dato

PER: MENGADAKAN TAKLIMAT/DIALOG UNTUK MASYARAKAT BERKAUM BANGSA CINA DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA MENGENAl ISU-ISU KESELAMATAN DAN KEAMANAN DI MIRI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti diatas

  1. Untuk maklumat YBhg. Dato’, Yang berhormat Encik Lee Kim Shin Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak bersama-sama dengan Ketuaketua Masyarakat di bahagian Mirl telah mengada satu sesi dialog di Pajabat Polis Daerah Miri pada 23 Mac 2006 mengenai isuisu keselamatan dan keamanan di kawasan Miri.

  2. Masyarakat berkaum bangsa Cina di Miri ingin mangadakan taklimat/dialog dengan Polis Diraja Malaysia mengenai isuIsu seperti berikut:

(i) Peraturan dan panduan membuat laporan Polis
(ii) Keselamatan dan keamanan
(iii) Pencegahan jenayah
(iv) Komuniti policing dan lain-lain

  1. Sehubungan ini, pihak YBhg Dato’ adalah diminta untuk memberi taklimat/dialog kepada para peserta yang akan hadir. Yang Berhormat Encik Lee Kim Shin cadangkan taklimat/dialog yang dijalankan akan mengguna bahasa Cina dan berharap YBhg. Dato’ dapat menghantar seorang pegawai Polis Kanan yang berfasih dalam bahasa ini. Ini adalah disebabkan banyak penduduk berbangsa Cina di Miri tidak fasih dalam bahasa Malaysia.

  2. Tempat dan masa adalah seperti di bawah:

Tarikh Tempat Masa

16.4.2006 Dewan Suarah, Miri 2.30 pm hingga 5.00 pm

  1. Kerjasama dan bantuan YBhg. Dato adalah sangat dihargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

Yang benar,

Law Song Hoon
Setiausaha Sulit kepada
Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Dan Perhubungan Sarawak