Tahap disiplin pengguna jalan raya di Miri masih rendah

MIRI: Tahap disiplin pengguna-pengguna jalan raya di pusat bandaraya Miri terhadap peraturan pemanduan masih rendah. Masih ramai yang memandu perlahan di laluan laju serta memandu terlalu dekat dengan kenderaan lain. Selain itu, pengguna jalan raya di sini juga didapati gemar memotong kenderaan di garisan berkembar, memotong tanpa memberi isyarat, memandu laju serta melanggar lampu isyarat. Ini merupakan antara kesalahan-kesalahan kerap yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di sini oleh pelancong-pelancong dan pemerhati dan berpendapat pengguna jalan raya di sini perlu meningkatkan mutu pemanduan mereka serta lebih berkhemah ketika di jalan raya, demikian jelas Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin. Bercakap kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang merasmikan kempen keselamatan jalan raya di Dewan Suarah pagi tadi, beliau berkata, sebanyak 25 kes kemalangan serta satu kes kemalangan maut dilaporkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri dalam tempoh tiga hari Ops Sikap 12 bermula 11 Februari lalu. Dalam tempoh tersebut juga, JPJ turut mengeluarkan sebanyak 1,242 saman kepada pengguna jalan raya di seluruh Sarawak.

Pemilihan Miri sebagai pusat pelancaran kempen ini amat sesuai melihat kepada status Miri sebagai bandaraya baru serta peningkatan jumlah pengguna jalan raya dan kempen diharap akan meningkatkan kesedaran dan kepekaan pengguna tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Menurut Lee, kempen perlu dipergiatkan agar berjaya menarik minat dan yang paling penting meningkatkan kesedaran dan kerjasama pengguna terhadap peranan mereka memastikan keselamatan jalan raya. Penunggang motosikal diingat untuk menggunakan topi keledar serta ingat mengikat tali topi keledar ketika di jalan raya untuk mengurangkan risiko kemalangan. Penumpang-penumpang kereta juga diingat untuk menggunakan tali pinggang keledar yang merupakan langkah keselamatan penting yang perlu diutamakan setiap kali di jalan raya. Sebanyak 14 kematian jalan raya berlaku di seluruh Sarawak sepanjang Ops Sikap 10 Tahun Baru Cina bermula 23 Jan hingga 6 Februari pada tahun lalu iaitu peningkatan 5 mangsa semasa Ops Sikap Lapan pada 2 Februari hingga 16 Februari 2005. Jumlah saman yang dikeluarkan juga meningkat iaitu 5976 semasa Ops Sikap 10 tahun 2006 berbanding 5335 semasa Ops Sikap Lapan tahun 2005.

Source

They’re forgetting the pedestrian discipline - the fact that every driver is a ped but not every ped is a driver. When in a small road in town with heavy population, drivers should let peds cross the road, not try to run them over.

Memang benar. Sometimes, drivers just parked at the middle of the road.

anybody living around pujut 9-10?

there’s one house at a corner at pujut 9b… got lots of cars and vans (the house was turned into a business premise) … i don’t know why the guys there always speeding although it’s just a small road.

even those driving van also drive like mad… i mean what are they trying to prove in the neighbourhood?

van buruk also want to pecut. gila!

they kaya ma…that y…later u see his piston tercabut in the middle of the road…then u go laugh at him like hell lor…

sick people…

talking about parking in the middle of the road. last week i was driving towards boulevard shopping complex. I was driving towards the basement parking in between the shopping complex and shiki. the car in front of me suddenly stop in the middle of the road to drop his wife off. i mean litterally shop in the middle of the road without any signal signaling he is stopping or pulling over to the left. his wife walk toward to the shopping complex and guess what, the drive drove the car into the shopping complex road and look for parking… :evil: so damn piss.

and at the same day (yup, very unlucky day for me) at the shopping complex, as i was driving to the basement exist area, a mercedes suddenly drove towards me (i was on the way towards the exit and following the correct direction of the road). so i have to backward my card and drove to another entrance to the parking area. at first, i thought the road to the exit was close for cleaning (most area was close for cleaning that time). but then i saw a car drove directly to the exit and i follow. NO, IT WAS NOT CLOSE, but was close for ppl who wanted to make a full turn around to the other side of the parking area (which was been clean at that time). That stupid car must have drove to far and wated to make a full turn but found out it was close for cleaning so make a u-turn at the exit and there was i who have to backward my car because of that stupid driver mistake… :evil:

i think i know which house u talking abt soul…saw many cars there