Syarikat harus ada kesedaran beri sumbangan

Tanggungjawab sosial korporat dianggap sebagai suatu kesedaran positif dalam sesebuah syarikat

// Oleh Mohd Achil Norrlatep //

SUMBANGAN SEMULA: Dennis (tiga kiri), Ahmad Lai (empat kiri) dan yang
lain menyaksikan penyerahan sumbangan baju-T, alat tulis dan makanan pada
majlis itu.

SUMBANGAN SEMULA: Dennis (tiga kiri), Ahmad Lai (empat kiri) dan yang lain menyaksikan penyerahan sumbangan baju-T, alat tulis dan makanan pada majlis itu.

MIRI: Setiap syarikat harus mempunyai kesedaran memberi sumbangan balik kepada masyarakat sekeliling melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sangat digalakkan oleh kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata aktiviti CSR dianggap sebagai suatu kesedaran positif dalam sesebuah syarikat terbabit.

“Kita berterima kasih kepada Siti Payung dan Miri Cheap Printing yang tampil sebagai syarikat contoh memberi sumbangan kepada masyarakat tetapi masih dalam perniagaan,” katanya pada penyerahan penajaan kepada program SYABAS iaitu salah satu program dianjurkan Curtin University Kampus Sarawak (Curtin Sarawak) di sini Isnin lalu.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili, Pengarah Urusan Siti Payung Mohd Hafidz Rohani dan Pengurus Miri Cheap Printing Juliana Abu Bakar, Kaunselor Saardon Zainal dan Kaunselor Dominic Nyurang.

Menurut Dennis, beliau mengucapkan terima kasih kepada Curtin kerana sudi menganjurkan program SYABAS dan mendedahkan pelajar tentang produk mereka.

Beliau faham pihak universiti tidak dapat melaksanakannya bersendirian dan memerlukan bantuan, sokongan syarikat, korporat serta individu.

Sumbangan itu boleh berbentuk tenaga dan wang bagi membantu individu yang memerlukannya.

Bagi pihak kerajaan, aktiviti dan sumbangan seperti itu sangat digalakkan dan harus diperbanyakkan oleh syarikat, badan korporat serta individu.

Ahmad Lai turut menyeru pihak syarikat, badan korporat serta individu tampil dengan program CSR mereka sendiri menyumbang semula kepada masyarakat.

Bagi Mohd Hafidz, ini merupakan masa yang tepat untuk pihaknya memberi sumbangan semula kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, SYABAS merupakan satu program memberi pendedahan kepada pelajar bidang sesuatu kerjaya melalui akititi dengan harapan peserta lebih bermotivasi dan tahu hala tuju masa depan.

Program berlangsung selama dua hari di Curtin dengan beberapa bengkel berlainan bakal memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pesertanya.

Para peserta program terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis, SMK Bakong dan SMK Luar Bandar Miri.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/08/04/syarikat-harus-ada-kesedaran-beri-sumbangan/