SUPP tidak arah petugas minta MyKad, beri duit

Penduduk sekitar Permyjaya didatangi sekumpulan orang yang mendekati mereka dan mengagihkan wang tunai

// Oleh Clare Cinderella //

NAFI: Lee menafikan ia perbuatan SUPP, semasa sidang media di Miri
semalam.

NAFI: Lee menafikan ia perbuatan SUPP, semasa sidang media di Miri semalam.

MIRI: Hanya tiga hari selepas penamaan calon, penduduk di kampung dan kawasan sekitar Permyjaya didatangi sekumpulan orang yang mendekati mereka dan mengagihkan wang tunai.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Senadin Datuk Lee Kim Shin mendedahkan bahawa kumpulan lelaki berkenaan mengenakan baju sama dengan warna Barisan Nasional (BN) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan mendakwa mereka adalah ‘orang SUPP’.

“Mereka sama ada bergerak secara individu atau bergerak secara berkumpulan telah mendekati pengundi di kawasan Permyjaya dengan mendakwa bahawa mereka boleh mewakili penduduk didekati tadi, untuk meng-undi bagi pihaknya, pada pilihan raya kelak.

“Sebagai syarat, pengundi terbabit hendaklah menye-rahkan kad pengenalannya kepada mereka dan kumpulan ini juga dipercayai memberi RM200 seorang kepada peng-undi dan mendakwa kononnya duit tersebut daripada SUPP,” tambahnya.

Lee berkata beliau ba-nyak menerima aduan orang awam, khususnya pengundi di kawasannya dan kumpulan berkenaan didakwa bergerak aktif di konstituensi Senadin membabitkan kawasan perumahan dan kampung, sejak tiga hari lalu.

“Justeru saya ingin mene-gaskan di sini bahawa SUPP tidak pernah mengarahkan ahlinya untuk mengutip kad pengenalan daripada peng-undi dan untuk mengundi bagi pihak mereka dan SUPP juga tidak pernah memberi ganjaran wang kepada peng-undi.

“Selain itu, tindakan meng-ambil atau menyimpan kad pengenalan (MyKad) orang lain adalah menyalahi undang-undang,” katanya semasa mengadakan sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Lee lagi, pihak tidak bertanggungjawab itu dilihat seperti cuba menghalang pengundi daripada keluar mengundi pada 7 Mei ini.

Malah menurut Lee, tindakan membenarkan pihak lain mengundi bagi orang lain tidak diamalkan di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/04/28/supp-tidak-arah-petugas-minta-mykad-beri-duit/