Suami perlu bantuan dana rawat barah paru-paru isteri

TERIMA: Ann menerima cek daripada Datuk Sebastian ditemani Alex dan dua
anak perempuan mereka di SUPP Miri, semalam.

TERIMA: Ann menerima cek daripada Datuk Sebastian ditemani Alex dan dua anak perempuan mereka di SUPP Miri, semalam.

MIRI: Seorang suami telah berbelanja sejumlah RM150,000 untuk merawat barah paru-paru dihidapi isterinya dan masih memerlukan bantuan dana bagi menjalani rawatan antibarah di Hospital Kanser Fuda di Guangzhou China.

Semalam, Alex Ong dan isterinya, Ann Hii Pik Ing, 47 tahun menerima sumbangan berjumlah RM4,890 daripada penduduk Miri yang dikumpul oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Cek disampai ADUN Piasau juga Pengerusi SUPP Piasau, Datuk Sebastian Ting semasa menerima kunjungan pasangan itu bersama dua anak perempuan berusia 8 dan 13 tahun.

Sehingga kini, SUPP berjaya mengumpul derma sebanyak RM39,890 untuk meringankan kos perbelanjaan rawatan Ann.

Ann telah menjalani rawatan di Hospital Fuda pada 26 Februari lalu disahkan menghidapi barah paru-paru peringkat keempat.

Sejumlah RM35,000 telah diserahkan kepada pasangan tersebut pada 29 Mei lalu yang turut disumbang orang awam kepada SUPP.

Menurut Alex, mereka akan terbang ke China pada hari Ahad ini dan dijangka berada di negara tersebut selama 63 hari.

“Dari setiap rawatan yang dilakukan, saiz sel barah semakin mengecil dan pulih dengan cepat,” jelas Alex.

Ann sebelum ini bekerja di salun rambut dan Alex sebagai juruteknik pendingin hawa terpaksa berhenti bekerja untuk mengumpul dana rawatan.

“Saya gembira berjumpa dengan pasangan ini dan mendengar keputusan positif rawatan Ann, “ jelas Ting.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/16/suami-perlu-bantuan-dana-rawat-barah-paru-paru-isteri/