SPDP Bekenu tegas tidak akan terima calon lain

BINTULU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bekenu tidak menerima calon lain meskipun parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Mesyuarat parti itu memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu kekal milik SPDP.

Ketua Bahagian SPDP Bekenu, Kaunselor Sebastian Janting Takin berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa SPDP Bekenu di pusat khidmat parti itu, Batu Niah, Miri.

Ahli-ahli jawatankuasa SPDP Bekenu mengulangi pendirian yang sama dan Sebastian meminta agar pihak luar termasuk komponen BN lain tidak masuk campur berkaitan calon DUN Bekenu pada PRN akan datang dan membenarkan pihaknya menentukan calonnya.

“SPDP Bekenu turut mempunyai calon yang boleh menang pada PRN nanti,” katanya sambil berkata pihaknya berpegang pada pendirian dan prinsip untuk tidak menyerahkan kerusi Bekenu kepada mana-mana parti komponen lain.

Sebastian berkata, calon DUN Bekenu seharusnya seorang ahli dipersetujui oleh jawatankuasa SPDP Bekenu.

Pada mesyuarat itu, ahli-ahli jawatankuasa terbabit turut menyenaraikan lima calon berpotensi bagi mewakili SPDP di Bekenu pada PRN nanti.

Calon terbabit terdiri Ketua Bahagian SPDP Bekenu, Kaunselor Sebastian Janting, Naib Pengerusi Bahagian SPDP Bekenu John Arjak Entebang, Timbalan Pengerusi Bahagian SPDP Bekenu Peter Jilin, Timbalan Setiausaha Bahagian SPDP Bekenu Austin Sigi dan Ketua Wanita Bahagian SPDP Bekenu, Kaunselor Normah Ali.

Mengenai senarai calon itu, Sebastian berkata ia terserah kepada kepimpinan tertinggi SPDP membuat keputusan.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/19/spdp-bekenu-tegas-tidak-akan-terima-calon-lain/