SKHMP Aidilfitri, 21 kes dicatat setakat semalam

ABD
HAFIDZ

ABD HAFIDZ

KUCHING: Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 menyaksikan 21 kes di seluruh negeri diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak.

Timbalan Pengarahnya, Abd Hafidz Rahim berkata pelaksanaan mulai 16 Jun lepas hingga 6 Julai itu setakat semalam turut mencatatkan kutipan kompaun RM2,350 dan nilai rampasan RM1,415.75.

Pasukan Penguat Kuasa KPDNKK telah memeriksa 3,095 premis di seluruh negeri.

Menurutnya, kesalahan dilakukan termaktub di bawah Perintah 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Barang Harga Terkawal) 2016 dan Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

Di Bahagian Kuching, sebanyak 1,144 premis telah diperiksa membabitkan 11 kes, nilai rampasan RM651.10 dan kompaun RM1,100.

Manakala di Miri, daripada 427 premis yang diperiksa, pasukan penguat kuasa mendapati empat kesalahan dengan nilai rampasan RM159.30 dan dikompaun RM500.

Sejumlah 272 premis diperiksa di Bintulu dengan satu kes serta nilai rampasan RM309 dan RM100 kompaun.

Daripada 90 premis diperiksa di Sri Aman, tiga kes membabitkan nilai rampasan RM160.35 dan kompaun RM350 dicatatkan.

Di Kapit, KPDNKK mengenakan kompaun RM200 menerusi satu kes dengan nilai rampasan RM120 susulan pemeriksaan terhadap 162 premis.

Pemeriksaan turut dilakukan terhadap 143 premis di Mukah yang menyaksikan satu kesalahan dikesan dengan rampasan RM16 dan kompaun RM100.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/02/skhmp-aidilfitri-21-kes-dicatat-setakat-semalam/