Sepuluh individu termasuk dua wanita didenda RM1,000, dua bulan penjara

MIRI: Sepuluh individu termasuk dua wanita masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam kerana kesalahan bermain judi haram di tempat awam.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, semua tertuduh didapati bermain judi haram jenis Jim Rummy di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan ini di tingkat satu sebuah premis di Jalan Tudan, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Source: http://www.theborneopost.com/2015/04/22/sepuluh-individu-termasuk-dua-wanita-didenda-rm1000-dua-bulan-penjara/