Sambutan Ambang Tahun Baharu Dancesport Miri meriah

PESERTA: Su (duduk, empat kiri) dan David bersama peserta yang mengambil
ujian UKA Dance di Dancesport Miri.

PESERTA: Su (duduk, empat kiri) dan David bersama peserta yang mengambil ujian UKA Dance di Dancesport Miri.

MIRI: Sambutan Ambang Tahun Baharu dianjurkan oleh Dancesport Miri di premis studionya di sini meriah dengan kehadiran ahli serta rakan yang menyambut kedatangan Tahun Baharu 2017.

Menurut jurucakap penganjur, majlis itu membolehkan ahli serta tetamu bergaul mesra di samping berkongsi pendapat dan terlibat sama dalam pelbagai program yang diselitkan.

“Salah satu acara diselitkan ialah persembahan tarian daripada ahli Dancesport Miri melibatkan tujuh pasangan iaitu pasangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

“Mereka mempersembahkan tarian ballroom dan Latin yang turut memukau tetamu,” katanya.

Selain itu, antara pertandingan diadakan ialah ‘Catwalk Contest’ dan ‘Karaoke Contest’.

Bagi pertandingan ‘Catwalk’, peserta yang memakai pakaian bersesuaian dengan tema majlis berjalan di atas pentas dan mereka diadili dengan sorakan penyokong masing-masing.

Katanya pertandingan tersebut menjadi milik Connie Ting manakala Mary Soh dinobatkan sebagai juara pertandingan karaoke.

Dancesport Miri merupakan sebuah studio tarian mengendalikan ujian tarian berdasarkan format United Kingdom Alliance (UKA Dance) Dance Examinations bagi pelbagai gaya tarian dan peringkatnya.

Pemeriksa bagi ujian berkenaan didatangkan khas dari UKA Dance, David Roberts dan pemeriksa tempatan, Su Chii Leong mengendalikan serta mengadili ujian terbabit.

Turut diadakan majlis penyampaian pingat dan sijil UKA kepada calon-calon yang menduduki ujian UKA Dance Examinations pada 7 September lalu.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2017/01/05/sambutan-ambang-tahun-baharu-dancesport-miri-meriah/