Rakyat di DUN Samalaju diminta terus sokong BN

PENGHARGAAN: Tuai Rumah Saka (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada
Masing pada majlis berkenaan. Turut kelihatan calon Samalaju Majang Renggi
(dua kanan) semalam.

PENGHARGAAN: Tuai Rumah Saka (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Masing pada majlis berkenaan. Turut kelihatan calon Samalaju Majang Renggi (dua kanan) semalam.

BINTULU: Rakyat di kawa-san Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu Samalaju diminta memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) bagi memastikan pembangunan lebih progresif di kawasan tersebut.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata Samalaju yang merupakan kawasan industri terpenting di negeri ini harus diuruskan dengan baik tanpa ada campur tangan kuasa luar khususnya pembangkang.

“Projek SCORE di Taman Perindustrian Samalaju (SIP) merupakan hasil usaha kerajaan negeri bagi memajukan wilayah tengah Sarawak sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” kata-nya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Saka, Labang Atas, Jalan Bintulu-Miri di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan melakukan yang terbaik bagi mewujudkan peluang pekerjaan di bahagian ini khususnya di Samalaju dan atas dasar itu sokongan rakyat kepada BN memastikan Samalaju terus maju.

Masing yakin Samalaju dapat ditawan BN meman-dangkan calon yang bertan-ding iaitu Majang Renggi merupakan anak jati dari Suai iaitu kawasan Samalaju.

“Harus kita ingat hanya anak jati asal sahaja mampu memimpin dengan baik serta memahami isu dan masalah dihadapi penduduk di sese-buah kawasan dan bukannya pihak luar yang hanya muncul menjelang pilihan raya sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Majang menyatakan kepuasannya terhadap rakyat di kawa-san Samalaju yang sentiasa menyokong penuh kepimpinan BN sejak mereka masih di bawah DUN lama.

“Saya berharap persempadanan semula DUN ini hingga mewujudkan Samalaju memberi petanda baik semua menjadi titik tolak pembangunan lebih progresif pada masa depan,” katanya.

Hadir sama Penghulu Chabi Nangup dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Angeline Umis Tujok.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/04/28/rakyat-di-dun-samalaju-diminta-terus-sokong-bn/