Pusat diminta bantu naik taraf jalan ke Bario

MIRI: Pembinaan jalan raya menghubungkan jalan utama di sini dengan tanah tinggi Bario di Hulu Baram, sejauh 450 kilometer dapat mengatasi masalah kesukaran perhubungan dan kekurangan makanan yang dialami 6,000 penduduk di kawasan itu sekarang. Sehubungan itu, Kerajaan Pusat perlu membantu membiayai kos menaik taraf laluan balak yang ada sekarang bagi menghubungkan bandar raya ini dengan tanah tinggi Bario. Selain Bario, penduduk pedalaman lain yang dijangka mendapat faedah daripada pembinaan jalan itu ialah penduduk Long Lellang, Long Seridan dan Ba’kelalan. Berikutan ketiadaan jalan menghubungkan Bario dengan kawasan luar, pengangkutan udara menjadi keperluan, bagaimanapun sejak Penerbangan Malaysia (MAS) menghentikan operasi awal bulan lalu, pengangkutan udara terjejas menyebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan untuk keperluan penduduk terbabit. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan, Nelson Balang Rining, berkata kemudahan jalan raya menghubungkan kawasan tanah tinggi itu penting untuk memudahkan penduduk membeli dan mendapatkan keperluan harian di bandar utama lain seperti Miri.

“Kalau mengharapkan pengangkutan udara, sekiranya cuaca buruk pesawat tidak dapat mendarat sama ada di lapangan terbang kecil Bario, Ba’kelalan atau Long Lellang. Situasi ini menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan dunia luar,” katanya. Beliau berkata, jika kerajaan negeri ingin menaik taraf laluan balak berkenaan ia sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. “Bantuan Kerajaan Pusat amat diperlukan bagi meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri,” katanya. Nelson berkata, ketika ini laluan balak masih dapat dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga ke Ramudu, namun keadaan jalan agak licin bila hujan dan berdebu ketika cuaca panas. "Masa perjalanan dari Miri ke Ramudu sekurang-kurangnya 15 hingga 18 jam. Setiba di Ramudu, penduduk Bario terpaksa berperahu mudik Sungai Dapur selama tiga jam, kemudian berjalan selama sejam untuk tiba di kampung mereka. “Jika kemudahan laluan balak berkenaan dinaik taraf ke jalan awam dan disambung terus ke penempatan penduduk di Bario, Long Lellang, Long Seridan dan Ba’kelalan ia akan memudahkan kehidupan penduduk yang kini sering bergantung terhadap pengangkutan udara,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Nelson berkata, jika menerusi Lawas perjalanan menggunakan jalan darat ke Bario boleh dibuat dari Ba’kelalan. Jarak perjalanan dari Lawas ke Ba’kelalan ialah sejauh 150 kilometer. Katanya, ketika ini tiada laluan balak menghubungkan Ba’kelalan dan Bario, namun jaraknya adalah dianggarkan sekitar 40 kilometer saja.

Fakta Nombor: Masalah perhubungan ke Bario

15 jam - Dari Miri ke Ramudu

150km - Jarak antara Lawas ke Ba’kelalan

Source:http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/EdisiSabahSarawak/20060904093520/Article/

Adakah itu bermaksud projek membina jalanraya ke Bario akan dilaksanakan juga walaupun sebelum ini telah mendapat protes dari penduduk Bario??? :roll:

Selain daripada idea untuk membina jalanraya, tak terfikirkah nak membina landasan keretapi??? Renungkan… :wink:

huahuahua…nak bina jln keratapi…tengok sendirilah terrain landscape kat sarawak… sungai banyak, berbukit…maybe not in our generation. tunggu penduduk sarawak cecah 20 juta…pasal jalan…our prime minister sendiri dah bg tau ari tu…“perlaksanaan akan dijalankan, tp bukan dalam masa terdekat ini”… that’s mean, tunggu la… 8)

good news :slight_smile: