Program ‘Go Bald’ di Sibu dan Bintulu

KUCHING: Program ‘Go Bald’ akan menemui masyarakat di Sibu dan Bintulu pada hujung minggu ini iaitu di Delta Mall (Sibu) dan Hotel Parkcity Everly (Bintulu).

Program diadakan pada 22 Mei (Ahad) di kedua-dua tempat di mana di Delta Mall pada jam 11 pagi sementara di Hotel Parkcity Everly pada jam 12 tengah hari.

Bagi tujuan berkenaan juga kaunter kutipan kad disediakan di kaunter menyambut tetamu di Hotel Tanahmas (Sibu) dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari manakala di Bintulu kaunter berkenaan disediakan di kaunter penyambut tetamu Hotel Parkcity Everly dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Menurut kenyataan daripada Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) program ‘Go Bald’ pada tahun ini, disokong oleh Ibraco Berhad dan Pusat Khidmat P194 Petra Jaya.

Bagi venue tajaan rasmi untuk Kuching di CityOne Megamall, Delta Mall (Sibu), Permaisuri Imperial City Mall (Miri), Hotel ParkcityEverly (Bintulu) dan Hotel Seri Simanggang (Sri Aman).

Pada pelancaran pertamanya 2009, ‘Go Bald’ merupakan acara amal membotakkan kepala terbesar dan pertama di Sarawak dan tahun ini menandakan kali kelapan berturut-turut ia dianjurkan.

Program mengumpul dana bagi SCCS itu untuk meraih dana dengan tindakan orang ramai yang menunjukkan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidap kanser.

Objektif Go Bald adalah menggalakkan orang ramai menunjukkan sokongan moral kepada kanak-kanak menghidap kanser dan keluarga mereka dengan membotakkan kepala mereka.

Pada masa yang sama peserta akan mengumpul dana untuk SCCS melalui ikrar daripada keluarga mereka, rakan-rakan dan mereka yang mengambil berat.

Bagi maklumat ‘Go Bald’ di Bintulu, sila hubungi Afreeda Nawawi di talian 013-8338667 atau e-mel afreeda@sccs.org.my atau www.gobald.my dan melayari laman Facebook di www.facebook.com/GoBald.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/19/program-go-bald-di-sibu-dan-bintulu/