Polis tahan lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

MIRI: Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tangkapan itu, suspek berusia 52 tahun dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai Sub-Inspektor Bakar Drahman membuat serbuan ke sebuah rumah di Jalan Engkabang 8, Soon Hup Garden, Jalan Miri-Bintulu di sini.

Dalam serbuan sekitar jam 10.30 pagi semalam, polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Semasa pemeriksaan, polis menjumpai satu paket lut sinar mengandungi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.61 gram diletakkan di tepi tingkap dalam bilik tidur utama rumah tersebut.

Barang disyaki dadah kemudian dirampas dan suspek dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Berikutan itu, beliau ditangkap mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/08/03/polis-tahan-lelaki-disyaki-terlibat-penyalahgunaan-dadah/