Persediaan awal jamin kecemerlangan peperiksaan

Calon harus menyiapkan diri dengan persiapan terperinci termasuk jawab soalan dengan tenang

// Oleh Mohamad Norhadie Sahari //

MIRI: Murid bakal menduduki peperiksaan harus sentiasa menyiapkan diri dengan persiapan terperinci termasuk menjawab soalan dengan tenang, kata Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Miri Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata kebanyakan murid yang membuat persiapan rapi sebelum peperiksaan berpeluang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Murid bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus memiliki keyakinan serta pengetahuan yang tinggi dalam menjawab soalan peperiksaan dan paling penting faham soalan,” katanya semasa menyampaikan Kit UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman.

Lukanisman berkata murid perlu yakin serta mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang.

“Sekiranya anda bersedia serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi sebelum menduduki peperiksaan, anda akan dapat menjawab semua soalan peperiksaan yang diberikan.

“Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai sebarang persiapan rapi, anda tidak akan tenang ketika menjawab peperiksaan,” jelasnya.

Beliau menggesa peserta terlibat memfokus matlamat yang menyasar keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Untuk mendapat keputusan cemerlang, ilmu pengetahuan harus didatangkan selari dengan kemahiran serta strategi untuk berjaya,” katanya.

Katanya murid juga harus sentiasa tenang dan memastikan mereka dilengkapi dengan persiapan menyeluruh sebelum menduduki peperiksaan.

Selain menyampaikan Kit UPSR kepada sekolah berkenaan, JASA Miri juga telah mengagihkan kit berkenaan kepada SK Miri

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/01/persediaan-awal-jamin-kecemerlangan-peperiksaan/