Perniagaan trak makanan semakin berkembang

SUPP akan anjur bengkel berkaitan, bantu generasi muda ceburi bidang keusahawanan: Sebastian

// Oleh Sudan Ajang //

BINCANG: (Dari kiri) Sebastian, Karambir dan Aries pada sidang media di
pejabat SUPP Miri semalam.

BINCANG: (Dari kiri) Sebastian, Karambir dan Aries pada sidang media di pejabat SUPP Miri semalam.

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau komited membantu usahawan muda menceburkan diri dalam perniagaan trak makanan atau ‘food truck.’

Pengerusinya, Datuk Sebastian Ting berkata, perniagaan trak makanan semakin berkembang di bandar-bandar utama seluruh Sarawak dan ini sesuatu yang signifikan.

“Ini bukan sesuatu baharu jika dibanding dengan Semenanjung Malaysia khususnya Kuala Lumpur dan trend ini berkembang pesat di sini. Ia sesuatu yang mengujakan dan bernas untuk menggalak lebih ramai generasi muda menceburi bidang keusahawanan.”

“Perniagaan seumpama ini memerlukan lebih banyak sokongan daripada kerajaan khususnya majlis tempatan dalam membantu penjual membuka perniagaan,” katanya semasa sidang media di pejabat SUPP Miri Piasau semalam.

Hadir sama Setiausaha SUPP Piasau Kaunselor Karambir Singh dan Ketua Pemuda SUPP Piasau Aries Leong.

Sebastian juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, konsep perniagaan trak makanan merupakan salah satu cara mempromosi makanan jalanan tempatan ke satu tahap lebih tinggi.

“Justeru, SUPP akan mengdakan beberapa bengkel perniagaan trak makanan bagi memberikan panduan komprehensif membantu mereka memulakan perniagaan ini,” katanya.

Selain itu, parti turut membantu pemilik perniagaan trak makanan menubuhkan komuniti peniaga bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Katanya, SUPP juga akan membantu peniaga-peniaga kecilan untuk mendapatkan pinjaman perniagaan kecil.

“Mereka yang memerlukan modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan boleh memohon skim kredit mikro Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di pejabat SUPP atau menghubungi Chia Kah Fung di talian 016-8963170.

Dalam perkembangan berkaitan, Sebastian mengingatkan orang awam agar tidak mengguna khidmat orang tengah mengena baya-ran tertentu untuk memohon atau memeriksa status Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

“SUPP menyediakan per-khidmatan percuma kepada orang awam yang mahu memeriksa status permohonan atau memohon BRIM.

“Mereka boleh datang ke kaunter SUPP di Persiaran Kabor pada Sabtu (hari ini) mulai, Krokop 10 (Ahad) dan Morsjaya (Isnin) mulai jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/16/perniagaan-trak-makanan-semakin-berkembang/