Penyokong PKR dari Rumah Cabop Diau, Marudi bertindak keluar parti

UNTUK PEMBANGUNAN: Entri (tiga kiri) menyerahkan borang keahlian TERAS kepada penduduk Rumah Cabop Diau di Miri, semalam.

UNTUK PEMBANGUNAN: Entri (tiga kiri) menyerahkan borang keahlian TERAS kepada penduduk Rumah Cabop Diau di Miri, semalam.

MIRI: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Rumah Cabop Diau, Sungai Tarap Lubok Amam, Marudi bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR.

Tuai Rumah Cabop Diau berkata, pihaknya menyokong PKR hampir 20 tahun lalu namun akibat tiada kemajuan dibawa parti itu maka mereka mengambil keputusan bertukar arah kepada Barisan Nasional (BN).

“PKR hanya memperjuang agenda peribadi berbanding keperluan penduduk di sini dan kami menolak pembangkang itu dan memberi kepercayaan kepada Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri,” katanya di sini, semalam.

Menurut Cabop, pemim-pin PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menjalankan tanggungjawab mereka terutama di kawasan luar bandar kini masih menagih pembangunan.

Hadir sama Pegawai Tadbir Beluru Albania Linus, Pemanca Enggah Muga, Penghulu Ayub Hassan, Penghulu Ella Bong, Penghulu Nyadang Rengkang dan Penghulu Randi.

Menyedari kesilapan me-nyokong PKR, Cabop berkata sudah tiba masanya penduduk luar bandar sedar dan kembali menyokong BN.

“Kita tidak mahu membuang masa menyokong parti yang tiada faedah sebaliknya memberi sokongan kepada BN yang selama ini banyak membawa perubahan kepada rumah-rumah panjang di luar bandar,” jelasnya.

Sehubungan itu, sokongan semula kepada BN terutama wakil rakyatnya, Entri adalah bertepatan bagi memastikan kawasan mereka turut menerima tempias pembangunan se-perti kawasan lain.

“Kami menyesal dan meng-akui kesilapan menyokong PKR dan kali ini kami akan memperbetul kesilapan itu dengan memberi sokongan padu kepada kerajaan BN,” katanya.

Seorang lagi ahli PKR yang bertindak keluar parti, Lukang Pumpang menjangka lebih ramai ahli PKR lain melakukan tindakan sama selepas hilang kepercayaan terhadap parti itu.

“Kami mengakui penduduk sudah hilang kepercayaan terhadap PKR selepas menyedari bahawa Entri banyak membawa perubahan kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Entri dalam satu majlis mengumumkan geran RM20,000 kepada Rumah Cabop untuk menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di rumah panjang berkenaan.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/02/penyokong-pkr-dari-rumah-cabop-diau-marudi-bertindak-keluar-parti/