Penyokong BN ganas belasah wartawan

Friday, 29 February 2008

(BERITA HARIAN) - KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, Rashidi Karim, wartawan sambilan di sini cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir manakala wartawan Adha Ghazali ditumbuk di muka ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Rashidi berkata, ketika kejadian beliau dan tiga yang lain termasuk Ketua Biro Utusan Malaysia, Johari Shawal dan jurugambar sambilan Berita Harian, Shahidi Shahidan, berada di luar rumah kedai yang dijadikan bilik gerakan untuk membuat liputan.

"Bagaimanapun, seorang lelaki tiba-tiba menarik baju saya ke belakang dan terus ditumbuk dan ditendang oleh beberapa yang lain, katanya.

Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Mat Nasir Hussain, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Wahahaha, BN supporter beats BN-controlled media… what a shame…

Vote rockets!

Empat ditahan kes belasah wartawan

KANGAR: Kejadian dua wartawan diserang penyokong parti politik di Beseri, di sini, awal pagi kelmarin sungguh mengecewakan kerana pengamal media adalah pihak berkecuali, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Radzi yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, ketika diminta mengulas kejadian itu, semalam mengaku kecewa dengan tindakan terbabit, apatah lagi dengan menjadikan wartawan yang bertugas sebagai sasaran.

Beliau berkata, wartawan adalah pihak berkecuali dan mereka tidak terbabit dengan mana-mana parti politik.

Katanya, mereka hanya melaporkan apa yang mereka nampak, dengar dan tahu, selebihnya pembaca yang menilai.

“Saya harap ini tidak akan berulang dan kita dapat jalani pilihan raya tahun ini dengan bersih,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, di sini.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, wartawan Berita Harian, Adha Ghazali, 30 dan wartawan sambilan Harian Metro, Rashidi Karim, 42, cedera selepas diserang sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Beseri, di sini.

Dalam kejadian itu, Rashidi cedera di lengan kanan, kepala dan tangan serta pecah bibir, manakala Adha pula ditumbuk di dahi dan kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Ketika kejadian, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 200 penyokong BN Perlis. Hadir sama, bekas calon BN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mat Nasir Hassan, berkata empat lelaki ditahan berhubung kes berkenaan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis, malam kelmarin.

Beliau berkata, semua empat lelaki berusia antara 27 hingga 53 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 11 malam kelmarin dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang.

Difahamkan, tiga daripada lelaki terbabit disyaki menyerang mangsa, manakala seorang lagi memainkan peranan untuk mengumpan mangsa sebelum dipukul.

“Kita sedang lengkapkan proses siasatan dan ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk pendakwaan secepat mungkin,” katanya.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Source

Serve them right…

Very Very Uncivilised … :roll: :roll:

ter-over lah sangat semangat berkempen tu huhuhu… :lol:

this is the time when we want to see some “Royal Rumble” :lol:

Extremely lame…

It makes me think deeper… while we in Sarawak are calm and have a high respect towards one another (despite the fact that we have more than 30 different ethnic group), living in harmony, though we may have different political views and support.

Now, who are the barbarian here? Those who live in the jungle or…

they only have ONE parliamentarian unopposed… tell me if they have 5 like ours…

Gerenti they all ter-over act (biasa la… lepeh!) Say I’m an Iban… but the action speaks better than we (the Sarawakian).

Sik malu ka masuk paper with this stupid act?

ala,lepeh, biasa la…think we r jungle ppl… but they themselve act like monkeys… come over here, act like its their own place… :evil: :evil: :evil:

i still don’t understand… bn supporter hantam berita harian reporters… why?

.