Peniaga kenakan caj GST pada kad prabayar telefon tidak bersalah

MIRI: Peniaga mengena-kan caj enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kad isian semula prabayar telefon tidak bersalah memandangkan mereka hanya mengikut kadar dikeluarkan dan dikenakan oleh perkhidmatan syarikat telco.

Menteri Muda Perhubu-ngan, Datuk Lee Kim Shin berkata kekeliruan timbul kalangan pengguna dan peniaga berikutan pelaksanaan GST pada Rabu lalu dan tiada tambah nilai terhadap kad isian semula prabayar berkenaan.

Menurut Lee, beliau ba-nyak menerima aduan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan kos tambahan yang dikenakan.

Mereka (peniaga) sebenarnya hanya mengikut kadar ditetapkan syarikat telco kepada mereka. Jadi, mereka menjual kepada pengguna dengan kadar sama.

Jika mereka tidak mengenakan nilai yang sama kepada pengguna, mereka akan mengalami kerugian, kata-nya ditemui selepas menemani Miri Mobile Phone Dealers Association (MMPDA) memberi penerangan mengenai GST pada kad isian semula prabayar tersebut di Pejabat Kastam, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, para peniaga terbabit hanya mengikut harga atau kadar GST diberikan syarikat telco kepada mereka.

Diharapkan dengan penjelasan yang mereka terangkan, kita semua faham kenapa berlakunya kenaikan pada harga kad isian semula pra-bayar terhadap pengguna yang membelinya.

Justeru itu, diharapkan tindakan seterusnya dapat di-selesaikan dengan segera pada masa terdekat ini, ujarnya.

Dalam pada itu, Lee turut mencadangkan Jabatan Kastam membuka lebih banyak kaunter bagi membolehkan menerima aduan atau pandangan serta pertanyaan daripada pengguna mengenai GST atau yang berkaitan.

Orang awam yang ingin bertanya atau sebarang aduan boleh menghantarkan faks ke nombor 085-422971 atau 085-437953.

Source: http://www.theborneopost.com/2015/04/03/peniaga-kenakan-caj-gst-pada-kad-prabayar-telefon-tidak-bersalah/