Penguang mohon maaf kurang pembangunan di Marudi sejak 10 tahun

RASMI: Penguang (enam kanan) mengetuai acara memotong kek untuk warga
emas sambil disaksikan Houng (kiri), Monica                            (tujuh
kanan) serta kenamaan lain.

RASMI: Penguang (enam kanan) mengetuai acara memotong kek untuk warga emas sambil disaksikan Houng (kiri), Monica (tujuh kanan) serta kenamaan lain.

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil memohon maaf kepada penduduk Marudi kerana kekurangan pembangunan dilaksanakan di Marudi sejak lebih 10 tahun lalu.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berjanji melalui Pasukan Baram yang ditubuhkan terdiri daripada beliau sendiri, ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau cuba menebus segala kekurangan dengan memastikan lebih banyak pembangunan dirancang di Marudi terutama infrastruktur asas.

“Bersama Pasukan Baram ini saya berjanji akan menaik taraf jalan raya di sini dan cuba mengatasi segala kekurangan yang ada dengan membangunkan lebih banyak projek dan infrastruktur asas di Baram.

“Kami berjanji menjalankan tugas dengan sebaiknya, justeru saya minta penduduk Marudi dan Baram supaya bersabar berhubung isu-isu kerosakan jalan raya kerana kita akan memiliki rangkaian jalan raya lebih baik tidak lama lagi, bukannya 20 tahun akan datang,” tambah beliau.

Penguang memberitahu demikian menjawab permintaan Presiden Persatuan Foochow Sarawak Datuk Dr Ngu Piew Seng yang mahu melihat agar jalan raya Miri-Marudi diperbaiki dan diturap dengan segera.

Mengenai Dewan Suarah Baram satu-satunya dewan suarah di Sarawak belum mempunyai pendingin hawa, Penguang berkata beliau mempertimbang mengenai permintaan tersebut.

Beliau menjelaskan perkara tersebut semasa berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Foochow Poyut/Lubok Nibong dan 70 Tahun Persatuan Foochow Baram dan meraikan warga emas masyarakat Foochow serentak dengan jamuan malam di Dewan Suarah Baram malam kelmarin.

Penguang mewakili Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing turut mempertimbang permintaan memasang pendingin hawa di dewan suarah berkenaan, beliau juga menaik taraf jalan masuk ke dewan berkenaan yang sentiasa mengalami kesesakan setiap majlis berlangsung.

Mengenai penganjuran majlis malam itu, beliau melahirkan rasa kagum dengan persepaduan dan kerjasama kukuh ahli-ahlinya dan keprihatinan mereka sehingga-kan sebahagiannya sanggup memohon cuti semata-mata mahu hadir meraikan majlis tersebut.

“Saya kagum dengan ke-setiaan dan komitmen tinggi ditunjukkan oleh ahli-ahli persatuan ini dan saya akui Persatuan Foochow merupakan sebuah persatuan yang amat aktif sejak penubuhannya.

“Saya difahamkan majlis gemilang ini diadakan setiap 10 tahun sekali dan kali ini buat julung kalinya, Persatuan Foochow meraikan warga emas merupakan usaha murni menyemai rasa hormat terhadap orang tua,” tambahnya.

Penguang turut mahu persatuan tersebut dan masya-rakat Foochow di sini terus memupuk perpaduan dan persefahaman dengan kaum-kaum lain seterusnya bersama mengekalkan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum.

Turut hadir isteri beliau Datin Monica Ukong, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laing Anyie dan Pengerusi Persatuan Foochow Baram Houng Yu Hee.

Seramai 2,000 ahli persatuan itu daripada 30 cawangan seluruh negeri hadir pada majlis tersebut.

Penguang turut meng-umumkan peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM30,000 daripada Tiong untuk Persatuan Foochow Baram.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/19/penguang-mohon-maaf-kurang-pembangunan-di-marudi-sejak-10-tahun/