Penantian ibu perjuang hak warganegara anak berakhir

Oleh Steve Annuar//

GEMBIRA: Ngu menerima surat kelulusan KDN daripada Datuk Sebastian di
SUPP Miri, semalam.

GEMBIRA: Ngu menerima surat kelulusan KDN daripada Datuk Sebastian di SUPP Miri, semalam.

MIRI: Kecekalan dan kesabaran seorang ibu mendapatkan hak kewarganegaan untuk anak angkatnya akhirnya membuahkan hasil.

Semalam merupakan hari paling gembira buat Ngu Siew Woo kerana usahanya sepanjang enam tahun tidak sia-sia selepas anak angkat lelakinya dikenali sebagai Eric Ting Zhi Xuan dilulus permohonan kewargangeraan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting mengulas mengenai perkara itu memberitahu, Ngu seakan-akan tidak percaya apabila dihubunginya untuk memberitahu berita baik berkenaan.

“Katanya, saya berbohong,” jelasnya yang juga Pengerusi SUPP Piasau ketika menyerahkan sendiri surat kelulusan permohonan daripada KDN kepada Ngu di SUPP semalam.

Menurut Ting, Ngu menemui beliau setahun lalu untuk membantu menguruskan permohonan MyKad untuk anak lelakinya.

Ngu berkata, masalah timbul ketika beliau dan suaminya hendak membuat permohonan MyKad ketika anak lelakinya berusia 12 tahun.

Ketika itu juga, pasangan berkenaan diberitahu oleh pihak Jabatan Pendafataran Negara (JPN) bahawa dokumen dan sijil beranak Eric adalah tidak sah.

Menurut Ngu, dokumen tersebut diserahkan sendiri oleh ibu bapa kandung Eric ketika mereka menyerahkannya sebagai anak angkat pada 18 tahun lalu di Sibu.

“Ketika kami hendak membuat kad pengenalan untuk anak kami, pihak JPN kata dokumen tidak sah dan mereka tidak memiliki maklumat tentang Eric,” jelas Ngu.

Ting meminta Ngu untuk membawa surat kelulusan itu ke pejabat JPN untuk proses pengeluaran Sijil Taraf Kewarganegaraan Malaysia untuk anaknya.

“Saya turut tumpang gembira untuk mereka. Inilah yang mereka nanti-nantikan selama ini,” jelas Ting.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/16/penantian-ibu-perjuang-hak-warganegara-anak-berakhir/