Peminat dipelawa menyertai E-Sports League 2016 di Miri

MIRI: Peminat E-Sports sekitar Miri dialu-alukan mendaftar dalam pertandingan DOTA 2 dalam E-Sports League 2016 anjuran Junior Chamber Internatinal (JCI) Miri.

Pengerusi penganjurnya, Eric Wong menjelaskan, JCI Miri menyasarkan penyertaan 32 pasukan dalam pertandingan yang akan diadakan dalam dua peringkat itu.

“Pusingan kelayakan akan diadakan pada 25 Ogos sehingga 9 September manakala pusingan akhir akan diadakan pada 10 dan 11 September,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jelasnya, daripada 32 pasukan,hanya 16 akan ke peringkat akhir dan berpeluang merebut hadiah bernilai sehingga RM12,000.

Borang penyertaan boleh didapati di laman Facebook JCI Miri dan tarikh tutup adalah pada 23 Ogos ini.

Yuran penyertaan bagi sepasukan terdiri daripada lima orang adalah RM50 dan setakat ini sebanyak 13 pasukan telah mendaftar termasuk peserta Singapura, Johor, Kuching, Kota Kinabalu dan Miri.

Johan menerima wang tunai RM2,000, kerusi Nitro Concepts dan medal diikuti naib johan dengan wang tunai RM1,000, papan kekunci mekanikal Cooler Master CMStorm Trigger-Z dan medal manakala tempat ketiga bakal membawa pulang RM500, tetikus SIR beserta medal.

Turut hadir adalah Setiausaha Penganjur Kejohanan E-Sports League 2016 Patrick Gan dan Pengurus Permaisuri Imperial City Mall Eric Jong.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penganjuran boleh hubungi Eric Wong di talian 016-8761383 atau melalui e-mel JCIMIRI@GMAIL.COM.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/08/20/peminat-dipelawa-menyertai-e-sports-league-2016-di-miri/