Nenek minta cucu tampil selesai pengeluaran wang waris KWSP

MIRI: Seorang nenek merayu cucu tiri tampil bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah berhubung pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik anaknya yang meninggal dunia 22 April lalu.

Nenek terbabit, Upsiah Osin, 64, dia perlu bersemuka dengan cucu tirinya, Mohammad Qhairullhisyam Taha berhubung pembahagian wang peninggalan arwah anaknya, Wani Jumaat.

Katanya, wang itu diwasiat kepada Qhairullhisyam yang merupakan anak tiri kepada Wani sebelum meninggal dunia.

Menurut Upsiah, dua hari selepas kematian anaknya itu, satu perjanjian dibuat antara dia dan Qhairullhisyam berhubung pembahagian wang dengan sebahagian diserah kepada cucu terbabit dan sebahagian lagi kepadanya bagi menyelesaikan segala urusan jenazah.

Beberapa minggu lalu, katanya, cucu itu ada memberitahu bahawa cek pengeluaran KWSP bapanya dikeluar dan dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Namun menurut Upsiah, Qhairullhisyam memberitahu bahawa wang itu hanya dapat dikeluar selepas tiga hari bekerja.

Pada minggu lepas, saya ada bertanya kepadanya sama ada wang telah dikeluar atau belum, dia beritahu bank tidak dapat mengeluarkan wang tersebut.

Oleh kerana ragu-ragu, saya telah pergi ke bank yang dimasuk beberapa hari lepas dan diberitahu bahawa wang itu habis dikeluar, jelasnya ketika datang ke pejabat Utusan Borneo di sini semalam.

Setelah mengetahui perkara itu, Upsiah telah menghubungi Qhairullhisyam beberapa kali termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) namun tidak dijawab atau dibalas.

Dia seharusnya bersyukur kerana walaupun merupakan anak tiri, namun masih diberi bahagian (wang) oleh arwah (Wani). Tambahan semasa arwah meninggal ibunya telah lama bercerai dengan arwah.

Manakala bahagian diberi kepada saya bukan untuk kegunaan peribadi tetapi mengurus segala urusan arwah belum selesai, katanya sambil menyifatkan cucu tirinya itu sebagai tidak amanah tidak berpegang kepada janji yang telah mereka meterai sebelum ini.

Sehubungan itu, Upsiah bekerja sebagai tukang masak kantin membuat laporan polis berhubung perkara itu sambil meminta Qhairullhisyam tampil bersemuka menyelesaikan masalah berkenaan.


Source: http://www.theborneopost.com/?p=500591