Maut ketika dalam perjalanan hadiri upacara pengebumian

BERUSAHA: Anggota penyelamat cuba untuk mengeluarkan Gaing dari kereta yang terbalik.

BERUSAHA: Anggota penyelamat cuba untuk mengeluarkan Gaing dari kereta yang terbalik.

SIBU: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 15, Jalan Oya di sini semalam, semasa mangsa bersama tiga lagi ahli keluarganya di dalam sebuah kereta ketika menuju ke Betong dari Miri untuk menghadiri majlis pengebumian.

Gaing Ruang, berusia 76 tahun meninggal dunia selepas tidak lama ditarik keluar dari kereta yang rosak teruk akibat tergelincir dari jalan raya selepas kenderaan terbalik.

Ahli keluarga lain dalam kereta tersebut ialah isteri mangsa, anak perempuan termasuk menantunya dan ketiga-tiganya cuma mengalami luka serta lebam.

Kemalangan berlaku sekitar 7 pagi itu dipercayai berpunca daripada tayar belakang tempat duduk pemandu tiba-tiba hilang kawalan.

Mereka berjaya keluar dari kereta selepas kemalangan it u, manakala Gaing dibawa keluar oleh Jabatan Penyelamat dan Bomba.

Mayat Gaing dibawa ke bilik mayat hospital oleh polis trafik pada jam 9.30 pagi.

Isteri Gaing yang menghidap darah tinggi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/03/05/maut-ketika-dalam-perjalanan-hadiri-upacara-pengebumian/