Mato terima sumbangan katil khas daripada SPDP Bintulu

RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat Ahli Parlimen
Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu bersama Mato dan ahli
keluarganya.

RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat Ahli Parlimen Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu bersama Mato dan ahli keluarganya.

BINTULU: Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat Ahli Parlimen Bintulu dan Unit Bergerak Penyayang Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bintulu mengunjungi kediaman salah seorang kakitangan pusat perkhidmatan itu, Corina Mato bagi menyampaikan sumbangan berupa seunit katil khas kepada ayahnya, Mato Jok yang terlantar sakit akibat angin ahmar.

Sumbangan katil khas itu bagi memudahkan ahli keluarganya menguruskan Mato berbanding katil biasa yang digunakannya sebelum ini.

Adalah difahamkan beliau buat masa sekarang bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak termasuk ke bilik air, makan, minum dan sebagainya dengan bantuan isteri dan anak-anaknya.

Menurut isterinya, Luhong Silek, 46, suaminya terlantar sakit akibat angin ahmar sejak setahun lalu dan dibawa ke Poliklinik Bintulu bagi mendapatkan rawatan susulan setiap dua minggu bagi tujuan menukar tiub kencing dan rawatan.

“Pada 25 September lalu, suami saya terpaksa dirawat di Hospital Bintulu ekoran jangkitan kuman di bahagian paru-paru dan pernah dirujuk ke Hospital Umum Miri bagi menjalani ujian imbasan otak,” ujarnya.

Jelasnya, sebelum menghidap angin ahmar suaminya mengalami sakit hati pada 2011 kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Columbia Asia Bintulu namun dinasihatkan mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu ekoran kos rawatan tinggi selain dikhuatiri boleh dijangkiti penyakit lain.

Luhong melahirkan penghargaan kepada SPDP Bintulu kerana sudi menghulurkan bantuan kepada suaminya bagi memudahkan beliau dan keluarga menjaga suaminya terlantar sakit itu.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/19/mato-terima-sumbangan-katil-khas-daripada-spdp-bintulu/