Mangsa banjir di Sarawak kekal 5,084 orang

KAWASAN rumah panjang yang masih dinaiki air di Daerah Beluru, Marudi. -Foto NSTP Mohd Rizal Abdullah.

MIRI: Tiada perubahan jumlah mangsa banjir di Sarawak sejak semalam iaitu 5,084 orang daripada 769 keluarga dari daerah Beluru, Niah dan Marudi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak daripada Angkatan Pertahanan Awam, Mejar Ismail Mahedin berkata, tiada pemindahan penduduk atau pusat pemindahan dibuka setakat pagi ini.

Ismail berkata, ini disebabkan penduduk dari 22 kawasan rumah panjang masih berada di kediaman masing-masing kerana banjir hanya menyebabkan laluan terputus atau air bertakung di bawah rumah panjang mereka. – BERNAMA

LikeTweet

Source: http://miri.my/2017/01/27/mangsa-banjir-di-sarawak-kekal-5084-orang/