Mamalia laut terdampar ditemui mati disahkan spesies ikan lumba-lumba

PERIKSA: Pegawai PNR membuat pemeriksaan ke atas mamalia laut terdampar dan ditemui mati di perairan Pantai Piasau Miri, Khamis lalu.

PERIKSA: Pegawai PNR membuat pemeriksaan ke atas mamalia laut terdampar dan ditemui mati di perairan Pantai Piasau Miri, Khamis lalu.

MIRI: Mamalia laut terdampar dan ditemui mati di perairan Pantai Piasau di sini lewat petang Khamis lalu disahkan spesies ikan lumbalumba, Finless Porpoise (Neophocaena phocaenoides).

Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) semalam, anggota warden di Tapak Simpanan Semula Jadi Piasau (PNR) dimaklumkan mengenai kematian mamalia tersebut oleh pekerja di Kelab Bot Piasau pada hari sama.

“Pegawai kami di PNR bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menjalankan pemeriksaan fizikal mendapati bangkai itu merupakan bangkai ikan lumba-lumba jantan dalam ukuran kira-kira 1.34 meter panjang,” katanya.

Pemeriksaan awam turut mendapati mamalia itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun berada dalam keadaan kurus.

Bagaimanapun, dilaporkan terdapat calar dan tanda bersih dilihat di kepala, sirip dan ekor ikan itu kemungkinan bertarung di dalam jaring yang kemudiannya mengakibatkan ia lemas dan mati.

Bangkai itu difahamkan merupakan spesies terlindung di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 selain disenaraikan sebagai ‘Dapat Dilukai’ dalam Senarai Merah IUCN sebagai spesies terancam.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/02/13/mamalia-laut-terdampar-ditemui-mati-disahkan-spesies-ikan-lumba-lumba/