Liverpool ke Malaysia jumpa Selangor tahun depan

KUALA LUMPUR - Kelibat pasukan gergasi Liga Perdana England, Liverpool mungkin dapat disaksikan buat pertama kali di Malaysia oleh peminat tempatan tahun depan apabila skuad tersebut bertandang ke Stadium Shah Alam bertemu skuad Selangor bagi sesi pemanas badan kempen 2009/2010.

Pengurus pasukan bola sepak Selangor Zakaria Ab Rahim berkata, hasil perbincangan dengan pihak syarikat promosi kejohanan, Football Focus Group Ltd yang berpengkalan di Hong Kong, mereka berminat untuk membawa pasukan dari utara England itu ke Selangor.

“Cuma masalahnya, kalau ikut peraturan tempatan mereka tidak boleh menggunakan lambang penaja (sebuah syarikat arak) pada jersi mereka sekiranya bermain di Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Syarikat promosi itu dipercayai sedang berbincang dengan pengurusan kelab Liverpool berkaitan perkara itu untuk menyelesaikan masalah itu.

“Saya difahamkan mereka boleh mengambil beberapa opsyen yang tidak menyalahi peraturan di Malaysia,” katanya.

Zakaria berkata, sekiranya semua masalah berkenaan dapat diselesaikan, Liverpool dijangka bertandang ke Malaysia pada penghujung Julai atau awal Ogos tahun depan.

I am just speechless…

akai…

Mean’s no wearing jersey for fans too…i m gonna go

:lol: Does anybody wants to make prediction, who’s gonna win this match later?

is this for real?thats cool…i want to go but i wonder whats the tickets gonna cost. i dont think the jersey will be an issue because in some champs lg matches they wear the jersey without carlsberg logo on. so its okay what