Lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan laku ugutan jenayah

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang lelaki lain.

Jani Laleh, 36, dari Kampung Bungai, Bekenu telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Samsudin Amit, 53, dengan mengugut hendak menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 2.30 petang, 19 Disember lalu di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 Januari depan untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh yang gagal mengemukakan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/12/30/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-tuduhan-laku-ugutan-jenayah/