Lelaki mengaku tidak bersalah pecah rumah, curi

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap tuduhan melakukan pecah rumah dan curi.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 September depan pengurusan kes.

Ali Bara, 35, dari Kampung Masjid, Tiris, Bekenu dituduh melakukan pecah rumah dan memecah masuk Tabika KEMAS dan mencuri satu unit televisyen LED 32’ jenama Panasonic, satu pemain DVD jenama Panasonic dan sebuah kipas berdiri jenama Panasonic di bawah jagaan Rosnah Untong.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 6.10 pagi, pada 27 Jun lalu di Tabika KEMAS Kampung Tiris, Bekenu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/08/10/lelaki-mengaku-tidak-bersalah-pecah-rumah-curi/