Lelaki mengaku bersalah guna dadah berbahaya

MIRI: Seorang lelaki didenda RM3,800 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Miri selama tempoh dua tahun.

Ronnie Chua, 29, dari Tudan Fasa 3 di sini didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kes pertama, tertuduh didapati menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan memasukkan dadah ke dalam tubuhnya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 10.40 pagi, pada 21 Jun 2012 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh melakukkan kesalahan serupa dengan memasukkan dadah berbahaya jenis sama ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 12.05 tengah hari, pada 31 Julai 2014 di pejabat BSJND Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/11/lelaki-mengaku-bersalah-guna-dadah-berbahaya/