Lelaki kelar isteri depan lima anak

KLANG: Seorang bekas kontraktor bertindak mengejar isterinya di lorong belakang rumah mereka, sebelum menangkap wanita itu lalu menikamnya bertubi-tubi dan mengelar leher mangsa dengan sebilah pisau di hadapan anak mereka di Taman Sri Andalas, di sini, semalam.

Lebih menyayat hati, rayuan ibu lima anak dikenali sebagai S Lecheme, 47, supaya tidak dicederakan tidak dipedulikan suaminya berusia 54 tahun, yang turut mencederakan dua anak perempuan mereka berusia 14 dan 23 tahun ketika melakukan perbuatan kejam itu, kira-kira 20 meter dari rumah mereka yang terletak di Lorong Seri Damak 15, taman berkenaan, pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Suspek berusia 54 tahun yang dikatakan mengalami masalah mental, dipercayai turut cuba membakar tiga lagi anaknya yang dilarikan selepas kejadian, tetapi polis sempat menyelamatkan mereka dan menahan suspek.

Saksi kejadian, Nur Fateeha Abdul Wahid, 19, berkata beliau melihat mangsa berlari keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah sambil menjerit meminta tolong kerana dikejar suaminya yang memegang sebilah pisau.

"Suspek dapat menangkap isterinya tetapi wanita itu meronta-ronta mahu melepaskan diri lalu terjatuh sebelum menikam dan mengelar leher mangsa.

"Suspek kemudian berlari ke dalam rumah sambil diekori dua anak perempuan mereka, tetapi kedua-dua anak pasangan itu keluar semula mendapatkan ibunya yang sudah meninggal dunia.

“Saya yang sedang bersarapan di dapur rumah ketika itu, tidak mampu berbuat apa-apa kerana tergamam dan takut dicederakan kerana lelaki itu memegang pisau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata kejadian berlaku ketika mangsa melarikan diri selepas bertengkar dengan suaminya di rumah mereka.

"Pergaduhan itu berlarutan ke lorong belakang rumah apabila mangsa melarikan diri dengan baju berlumuran darah sambil dikejar suspek berpisau.

“Pada masa sama, dua anak perempuan mangsa dengan pakaian berlumuran darah kerana cedera dipercayai dilibas dengan pisau dilihat cuba menghalang bapa mereka daripada terus menyerang mangsa,” katanya.

Mohamad berkata, mayat wanita itu ditemui terbaring 20 meter dari pintu belakang rumahnya dengan kesan tikaman dan tetakan pada leher, perut, dada, belakang badan serta tangan.

Katanya, suspek melarikan diri menaiki Proton Tiara berwarna putih dengan membawa tiga anaknya berusia 10, 11 dan 13 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis menahan suspek ketika membeli petrol di Taman Sentosa, yang dipercayai mahu digunakan untuk membakar tiga anaknya itu.

"Tindakan pantas polis dan kerjasama dari orang awam berjaya menemui tiga kanak-kanak malang itu dan menggagalkan cubaan lelaki berkenaan untuk membakar mereka di sebuah taman perumahan di sini.

“Kita masih menyiasat motif suspek membunuh isterinya, mencederakan dua anaknya serta cubaan membakar tiga anak yang dilarikannya,” katanya.

Dua anak mangsa berusia 14 dan 23 tahun yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Source

This guy is being possessed by evil satan… kena rasuk syaitan !!!

Great news to be share… But this guys is insane.

mabok ka??hantam samsu kali nak

Lebih teruk dari binatang - “segarang-garang harimau pun tak makan anak”

Haha… palau palau then see ghost in front of him then make him wanna kill them off.

familiar with last year case.