Lelaki dituduh terima enjin motosikal curi dibicara 11 Disember

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 11 Disember depan untuk perbicaraan lanjut kes seorang lelaki yang dituduh dengan curang menerima sebuah enjin motosikal curi.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM1,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Hazizi Asyraf Hazman, 21, dari Desa Senadin di sini didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh dengan curang menerima atau memiliki harta curi iaitu sebuah enjin motosikal bernombor MN100EEL1361 kepunyaan Barry Betong yang didaftarkan atas nama Johnny Adin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 12.30 tengah malam, pada 19 September lalu di rumahnya di Lorong Senadin 1C-1, Desa Senadin di sini.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/26/lelaki-dituduh-terima-enjin-motosikal-curi-dibicara-11-disember/