Lee gembira dan puas hati tiga projek berjalan dengan lancar

TINJAU: Lee (empat kanan) meneliti pelan projek Pusat Penjaja Permyjaya
sambil diperhatikan            Ng (lima kiri) dan Betie (dua kanan) semalam.

TINJAU: Lee (empat kanan) meneliti pelan projek Pusat Penjaja Permyjaya sambil diperhatikan Ng (lima kiri) dan Betie (dua kanan) semalam.

MIRI: Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin melahirkan rasa gembira dan berpuas hati berikutan tiga projek dilaksanakan di Permyjaya dan Fasa 1 Tudan di sini berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian setelah melakukan tinjauan ke tapak projek berkenaan bersama jurutera Majlis Bandaraya Miri (MBM) Dennis Ng dan penguasa kerja Betie Sagoi serta kaunselor-kaunselor MBM.

“Tujuan lawatan saya adalah untuk meninjau kelancaran projek-projek berkenaan bagi memastikan tidak lagi ditangguhkan serta menjadi ‘projek sakit’,” katanya ketika ditemui di tapak projek berkenaan semalam.

Manakala lokasi pertama dilawati Lee ialah Pusat Penjaja Permyjaya yang mana kerja-kerja pembinaannya bermula sejak 30 Disember tahun lalu dan sepatutnya siap 29 Mac tahun ini namun masih tertangguh.

Dalam pada itu, menurut kontraktor Melai Enterprise Lawrence Chieng, antara faktor menyebabkan kelewatan projek itu kerana bekalan bahan binaan yang dipesan dari Kuala Lumpur tidak mencukupi.

“Selain itu, cuti perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang terlalu panjang turut menyumbang kepada faktor projek tersebut terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Sementara itu, Lee memberitahu bahawa projek itu menelan kos RM300,000 dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 36 meter panjang dan 10 meter lebar menempatkan sebanyak 44 gerai.

Kos itu merangkumi per-untukan beberapa kemu-dahan lain seperti lampu, kipas siling, bekalan air paip serta elektrik dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

Beliau dan rombongan kemudian melawat ke satu lagi tapak projek iaitu Pusat Rekreasi Sukan yang dilaksanakan mulai 23 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya 21 Ogos depan.

Lee berkata pusat itu me-rangkumi sebuah padang bola sepak, gelanggang bola keranjang dan sepak takraw dengan kos pembinaan keseluruhan RM400,000. Satu lagi gelanggang bola keranjang dibina di Fasa 1 Tudan.

“Saiz gelanggang bola ke-ranjang ini adalah mengikut standard sebenar dengan kos pembinaan RM120,000 termasuk kerja-kerja penambakan tanah dan dijangka siap dalam tempoh sebulan hingga sebulan setengah,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Lee meng-ucapkan terima kasih kepada kontraktor yang bekerja bertungkus-lumus memastikan semua projek tersebut ber-jalan lancar dan dapat disiap-kan mengikut jadual.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/07/26/lee-gembira-dan-puas-hati-tiga-projek-berjalan-dengan-lancar/