Lapan gereja, chapel terima dana RM11,500

MIRI: Lapan gereja dan chapel di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir menerima dana bantuan Hari Krismas berjumlah RM11,500.

Penerima ialah Holy Trinity Tunku Abdul Rahman Lambir, Indai Maria Bukit Peninjau, St Dominic Taman Tunku, St Barnabas Taman Tunku, Methodist Taman Tunku, St Paul Bakam, St Theresa Ulu Sibuti dan Chapel Rumah Duat.

Cek disampaikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Julani Mokhtar mewakili ADUN Lambir Ripin Lamat pada majlis penyampaian di pusat khidmat DUN Lambir baru-baru ini.

Sumbangan dana untuk penganjuran aktiviti sempena perayaan Hari Krismas yang diraikan pada 25 Disember lalu.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2017/01/06/lapan-gereja-chapel-terima-dana-rm11500/