Konvoi BERSIH 5 serentak seluruh negara 1 Oktober ini

SERTAI KAMI: Ahmad Awang (tengah) bersama Murnie dan dua lagi ahli
jawatankuasa BERSIH Sarawak menunjukkan kenyataan media dan poster Konvoi
BERSIH 5.

SERTAI KAMI: Ahmad Awang (tengah) bersama Murnie dan dua lagi ahli jawatankuasa BERSIH Sarawak menunjukkan kenyataan media dan poster Konvoi BERSIH 5.

KUCHING: BERSIH Sarawak akan menganjurkan Konvoi BERSIH 5 bermula dari Miri pada 1 Oktober dan ia dianjurkan serentak di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Konvoi BERSIH Ahmad Awang Ali berkata konvoi itu dijangka tiba di Sri Aman pada 22 Oktober se-terusnya menuju ke Lachau, Simunjan, Balai Ringin, Gedong, Serian, Siburan, Kota Samarahan, Kota Padawan, Petra Jaya, Matang, Demak Laut dan Kota Sentosa dengan destinasi terakhirnya di Tabuan pada 19 November.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghantar surat makluman kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dekat ini bagi tujuan mendapatkan permit menganjurkan konvoi berkenaan.

Hadir menemani beliau peguam Kamek 4 Change, Murnie Hidayah Anuar. Kamek 4 Change sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam BERSIH.

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Awang berkata tujuan konvoi itu ialah memberitahu rakyat negeri ini mengenai lima tuntutan utama iaitu Pilihan Raya Bersih, Kerajaan Bersih, Kukuhkan Demokrasi Berparlimen, Hak Membantah dan Memperkasakan Sabah dan Sarawak.

Selain berkonvoi aktiviti sampingan berkaitan tuntutan BERSIH akan diadakan di setiap destinasi perhentian antaranya ceramah pendidikan pengundi dan hak asasi manusia.

“Kita menjangkakan ba-nyak NGO akan menyertai konvoi kali ini dan menyasar 5,000 orang akan terlibat,” katanya sambil menambah, penyertaan parti politik termasuk pembangkang amat dialu-alukan.

Namun katanya penyertaan pembangkang atau mana-mana pihak harus selari dengan tuntutan BERSIH.

Beliau turut menegaskan penganjuran konvoi itu tidak bertujuan menentang kerajaan negeri mahupun persekutuan tetapi jelas kepada tuntutan BERSIH.

“Maknanya kita tidak mahu sistem pilihan raya kita dicemari oleh insiden-insiden tidak dingini seperti rasuah bukan sahaja oleh kerajaan tetapi mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu Murnie berkata pihaknya amat berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PRDM) negeri kerana memberi maklum balas positif.

“Kami dimaklumkan oleh pegawai polis tadi, ibu pejabat polis daerah di kawasan-kawasan laluan konvoi akan dimaklumkan bagi memastikan kelancaran konvoi ini.

“Terima kasih kepada polis kerana memberi kerjasama kepada kami,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Murnie berkata BERSIH Sarawak mengutuk tindakan larangan memasuki negeri ini ke atas Thomas Fann salah seorang ahli jawatankuasa penganjur Konvoi BERSIH.

“Thomas sepatutnya akan menyertai konvoi ini tetapi beliau dilarang memasuki Sarawak oleh kerajaan negeri sebaik tiba di Lapangan Terbang Miri semalam.

“Ini adalah larangan ter-baharu dikenakan ke atas ahli kami, bagi BERSIH me-ngutuk sepenuhnya tindakan kerajaan negeri Sarawak. Ini jelas berlakunya penyalah-gunaan kuasa,” ujarnya.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/23/konvoi-bersih-5-serentak-seluruh-negara-1-oktober-ini/