Kilang simen bersepadu pertama Malaysia Timur dibina di Sarawak

PENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN: Kilang simen bersepadu pertama Malaysia
Timur dibina di Sarawak.

PENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN: Kilang simen bersepadu pertama Malaysia Timur dibina di Sarawak.

KUCHING: Sebuah kilang simen bersepadu yang pertama di Malaysia Timur kini terdapat di negeri ini, terletak bersebelahan Kilang Klinker Cahya Mata Sarawak (CMS) di Jalan Mambong, dekat sini.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS Datuk Richard Curtis berkata kilang berkenaan akan meningkatkan kapasiti pengeluaran simen tahunan keseluruhan oleh CMS Berhad hampir sebanyak 60 peratus kepada 2.75 juta tan metrik, jauh mengatasi permintaan tempatan sekarang sekitar 1.7 hingga 1.8 juta tan metrik.

“Ini akan membolehkan CMS memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi simen di Sarawak termasuk daripada projek besar seperti Empangan Baleh dan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Selain itu, ia juga membolehkan CMS memiliki kapasiti pengeluaran simpanan untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan, melanjutkan bekalan CMS ke dalam pasaran eksport selain menghasilkan lebih daripada satu jenis simen,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Rasmi Kilang Simen Bersepadu Yang Pertama di Malaysia Timur yang disempurnakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kumpulan CMS Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib, Pengarah Eksekutif Kumpulan CMS Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree, Duta Jerman di Malaysia Holger Michael dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil.

Richard menambah, dengan jumlah sisa dan bahan buangan lain yang begitu banyak di negeri ini, CMS melalui kilang tersebut juga akan berupaya mengitar semula sisa sedemikian menjadi simen atau bahan jalan dan binaan lain.

Katanya ini akan mengurangkan dengan signifikan tahap sisa industri di negeri ini.

Menurut Richard, kilang pengisar ini akan disepadukan dengan kilang klinker bersebelahan di mana klinker adalah bahan mentah utama yang diperlukan untuk membuat simen.

“Pengeluarannya akan memenuhi keperluan di Kuching dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Pelaburan CMS dalam bahagian simen sejak 10 tahun lalu melebihi RM600 juta iaitu merangkumi kilang klinker, menubuhkan terminal penyimpanan di Miri dan Sibu, menaik taraf kilang secara umum, tiga baj pembawa simen dan terkini kilang simen bersepadu ini.

Namun, Richard berkata kilang baharu ini bukan penghujung kerana rancangan sedang dibuat untuk mengembangkan kerja kuari, kapasiti pengeluaran simen campuran bagi menjangkakan peningkatan permintaan daripada Lebuh Raya Pan Borneo dan projek lain ekoran pembangunan ekonomi negeri yang semakin pesat.

PERTAMA: Kilang simen bersepadu yang pertama di Malaysia Timur, yang
terletak bersebelahan Kilang Klinker CMS di Jalan Mambong, dekat Kuching.

PERTAMA: Kilang simen bersepadu yang pertama di Malaysia Timur, yang terletak bersebelahan Kilang Klinker CMS di Jalan Mambong, dekat Kuching.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/11/09/kilang-simen-bersepadu-pertama-malaysia-timur-dibina-di-sarawak/