Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Servis Buat Subtitle BM & Eng

Research Gap… pulak dah >
Disatu meja disebuah cafe di Canselori… berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut…

X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini.

Y: Aah… kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi.

X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi?

Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu…

X: Camner nak cari tu… sampai 1000 artikel nak baca?

Y: Yang itu pandai2 sendirilah… bacaaaaa jer… baca dan baca dan baca… sampai cukup… sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi…

X: O… camtu plak… abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi?

Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza….

X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh… kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza?

Y: Sebab itu tak dibuat lagi?

X: Tu jer sebabnya? Ic…

Y: Aah… kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi.

X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain?

Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain.

X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel

Y: Ala u tak faham maksud research gap tu…

X: Abis signifikan dan novelty camner pulak?

Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi…

X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable?
Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u… nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker?

Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak… itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu?

Y: Alamak… susah lah nak explain dgn U ni…

X: Kenapa susah nak explain?

Y: Kalau senang bukan PhD namanya…

…Servis Upah buat Thesis (Rewrite) , Transkripsi Audio -> Text, dan khidmat buat Resume -> www.MyCambridge.blogspot.com

.

Adakah draft thesis mesti SEMPURNA dan LAIN dari yang lain ?
Aku nak menulis skit pasal 2 saranan yg aku baca supaya….

Pertama: Jgn hantar draft selagi tak sempurna

Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha utk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dgn beberapa modifikasi.
Presentation di Aaolborg University, Denmark, Okt 2014

Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. lebih2 lagi diperingkat PG. Tak percaya bagilah mana2 tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu?

Kesempurnaan tak wujud bukan sahaja pada draf . Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dlm questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dgn analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dgn kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal?
Tugas PG adalah utk menyediakan draft yang lengkap….dari segi structure… format… kandungan - selebihnya adalah tugas SV utk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” SV. Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis.

Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal…… ditambah dgn kesalahan ejaan dan format citation yg tak sepatutnya berlaku.

Kedua: Jgn replicate kajian yang sudah dilakukan !

Research lebih2 lagi pada peringkat PG adalah replicated. Theory…. analisis data…. semuanya replicated…melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dgn objektif kajian. PG masih dalam fasa belajar…. fasa mamahami…. fasa latihan akademik tahap tertinggi…. malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”… maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas…. bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif…. dalam bidang kajian masing-masing…. dgn modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge…

Ketahuilah bahwa PG diberikan seorang SV kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih utk jadi expert dalam dunia research sgt memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan PG membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation …

…Khidmat Terjemahan Jurnal & Abstrak, Proofread & Rewrite/Buat Thesis ->> http://MyCambridge.blogspot.com

.

Antara cara terbaik mendapatkan tajuk kajian… yg MANTOP !

Aku dah byk tulis tentang tajuk kajian… sampai aku lupa apa yang aku tulis. Ini satu lagi… bagi memudahkan perjalananan anda menuju destinasi !

Matlamat buat PhD / Master antaranya:

  1. Menguasai / dalami bpengetahuan khusus suatu bidang
  2. Menyumbang kepada knowledge dari dapatan kajian
  3. Menjadikan anda independent researcher yg ada skills

Jika anda boleh mendapatkan satu atau beberapa buku yang khusus berkaitan dgn keyword kajian anda, terutamanya buku handbook terbitan terkini, buku spt ini memudahkan anda menguasai semua aspek yang releven dengan kajian anda.

Contohnya kajian anda menggunakan keyword spt “Mobile Learning”, “Learning Technology”, “Learning Strategies” maka contoh buku berikut boleh menjadi asas kuat aspek teori dan trend yang telah dijalankan dalam kajian lepas.

Wpun buku sumber sekunder, ia penting kerana penulis telah menggabungkan artikel terdahulu serta kupasan yang dilakukan dalam buku tersebut membolehkan anda tahu “what else need to be done” sebagai novelty yang signifikan… dgn syarat buku tersebut adalah antara terbitan terkini…

Just to give an idea… supaya anda ada panduan yang telah dibukukan selain anda tidak lemas dalam himpunan artikel2 anda yang banyak tu…

…Upah buat Thesis (kaedah rewrite) >> http://www.MyCambridge.blogspot.com

…Service Terjemahan Jurnal & Proofread Thesis >> >> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I
MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I

Entry kali ini agak berbeza. Walaupun saya tujukan kepada peserta dan bakal peserta bengkel, namun pembaca yang lain juga boleh mengikutinya……. sebab pengetahuan adalah milik semua.

Suasana fakulti mula berubah. Mood kerja dah bertukar kepada mood balik kampong. Suasana di taman perumahan juga berubah… mood balik kampung juga sudah melanda.

Saya tak banyak masalah sebab kampong saya di Rembau dan my wife di Seri Menanti. Nampaknya mood menulis thesis dan blog juga akan terhenti…. sebab sebagai ibu atau bapa atau sebagai anak…….anda akan sibuk dengan agenda menyambut raya….dengan alasan raya datang setahun sekali !!

Then selepas 2,3 minggu terhenti menulis, dan menyambut Hari Raya…… Semester baru akan bermula pada 12 September. Jadi awaslah dengan satu sindrom “jangkitan” dalam menyiapkan tesis.

Ini istilah psycho….namun dari observation saya, sindrom ini sering melanda pelajar master dan PhD berbanding penyakit lain. Penyakit ini timbul bukan akibat kuman atau virus atau bakteria tetapi disebabkan oleh beban dalam minda yang begitu berat memikul tanggungjawab menyiapkan penulisan thesis dan dalam masa yang sama menjalankan kajian.

Penulisan thesis yang sukar…… menekan perasaan, dan apabila perasaan tertekan…. maka berjangkitlah kepada penulisan tesis menjadi lebih sukar. Kajian pula sukar dijalankan…. menekan perasaan, dan apabila perasan tertekan…. berjangkitlah kepada perasaan bertambah sukar menjalankan kajian. Kesukaran ini berjangkit menjadikan penulisan akan tertangguh.

Apabila penulisan tertangguh… maka segala2 menjadi semakin sukar……dan bermulalah sakit berjangkit ini dipanggil Permanent Head Damage (PHD).

Fahami konsep asas…

Jadi langkah pertama dalam mengawal jangkitan ini adalah dengan:

i. membetulkan paradigm dalam minda anda bahawa menyiapkan tesis bukanlah sesuatu yang tersangatlah sukarnya asalkan anda ada usaha dan focus

ii. persiapkan diri anda dengan kemahiran asas yang diperlukan.

Apakah kemahiran asas tersebut?

Bagi peserta bengkel, anda telahpun memiliki skill penulisan yang effisyen dengan bantuan doc map / navigation pane serta teknik dirdio, wwur, 1file1thesis dan zerodraft. Anda perlu mantapkan lagi dengan bengkel berkaitan analisis data seperti SEM dan NViVo.

Dengan kemahiran ini, membuat thesis bukan sesukar yang digambarkan malah ganjarannya juga besar iaitu…

Pertama – Anda akan diijazahkan sebagai sesorang yang akan dipanggil sebagai “Dr”. Ini bukan panggilan sebarangan, tetapi menggambarkan kewibaan anda dalam bidang kepakaran anda.

Bayangkan seorang Dr akan memanggil jururawatnya sebagai Puan Siti, kini perlu memanggilnya nya sebagai Dr Siti selepas mendapat PhD……!! He he…… Jangan sampai pesakit confused dah ler….

Kedua – Kepercayaan dan tanggungjawab yang akan diletakkan dibawah tanggungjawab anda akan lebih besar.
Selalunya anda akan dinaikkan pangkat dan gaji selepas mendapat PhD dan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.

Ketiga – ijazah doctorate adalah ijazah TERTINGGI yang dianugerahkan dalam bidang akademik di atas muka bumi ini yang anda telah berjaya mencapainya….

Tiada lagi pendaftaran menjadi pelajar selepas mendapat PhD.

Keempat – mendapat gelaran Dr bermakna anda adalah seorang professional.

Anda bukan lagi novice. Anda dianggap pakar dalam bidang anda dan akan jadi sumber rujukan pula.

Persoalan saya:
Adakah empat situasi yang akan anda perolehi di atas dapat dicapai dengan sambil lewa, touch n go sahaja?

…Khidmat Terjemahan Thesis & Jurnal Publication ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com

Tajuk 1740 : Kepada SEMUA PG - STRATEGI MADU 3

Ganti baca 300 artikel dlm 3 bulan dgn strategi 3 jam. This is not a trick ! SHARE jika anda sayang rakan PG anda.

  1. Aku ‘hairan’ bila PG yang baru nak mulakan pengajian diminta baca 300 artikel, sehingga mengelupur tanpa sebab. Ini bukan cara yang dilakukan di mana-mana pun di atas buka bumi ini. Matlamatnya mudah tapi sangat memperdayakan. Baca 300 atau lebih, baru PG akan ‘menguasai’ apa yang nak dikaji. Ceewah.

  2. Ini adalah gula-gula getah yang lansung tidak dipersoalkan oleh PG yang novice, sehingga dah abis manispun masih mengunyah, nak dibuang tak boleh, nak ditelah takut tercekik.

  3. Strategi MADU 3…
    a. PG perlu menguasai asas perbincangan tajuk yang ia minati utk dijadikan kajian. Ini adalah satu kemestian.
    b. Membaca awal-awal 300 artikel atau lebih adalah radiculous and rediculed the PG, kerana mereka akan membaca apa sahaja yang dijangkakan berkaitan dengan tajuk yang diminati katalah ‘COMPUTATIONAL THINKING IN EDUCATION’ atau ringkasnya CT.
    c. Bayangkan kegilaan yang melanda PG utk mengadap 300 artikel dgn theory dan analisis data yang asing bagi mereka.
    d. Pasti PG tidak akan memahami apa yang dibaca kerana sifat artikel yang khusus dgn method dan analisis serta isu yang pelbagai peringkat dan aspek. Bila tak faham, baca 3 artikel pun dah sentap, belum lagi 300 - ini kerja tak masuk akal.
    e. Lebih lelucun, ada plak PG yang dah lulus beri ceramah kata dia baca 50 artikel sehari - boleh mencapai 6000 artikel sepanjang pengajiannya, can she / he proved it ?

So camner? Dua langkah dalam Strategi MADU 3.

I: Strategi 3 artikel

a. Bagi PG yang baru, katalah namanya Nora Hafizan, cikgu sains yang berminat nak buat ‘Computational Thinking’, parti-timer, ibu kepada 6 orang anak… duduk jauh plak… tapi sangat berminat dengan CT kerana KPM mula melancarkan program dan kurikulum yang melibatkan coding dari sekolah rendah - current issue di Msia. Beliau adalah cikgu yang hebat di sekolah.

b. Langkah terbaik utk ‘menguasai’ apa yang sedang dan telah berlaku adalah membaca kupasan artikel secara umum spt 3 artikel berikut. Artikel ini berbentuk kupasan kritis dgn persoalan2 yang ditimbulkan dari berbagai skop secara fokus kepada bidang pendidikan dari sekolah rendah ke IPT yang mudah difahami. Cikgu Nora Hafizan boleh sahaja manfaatkan isu yang dikemukakan dan mendapatkan idea utk kajian yang bakal dijalankan.

Artikel tersebut adalah:

Hsu, T. C., Chang, S. C., & Hung, Y. T. (2018). How to learn and how to teach COMPUTATIONAL THINKING: Suggestions based on a review of the literature. Computers and Education.

Lockwood, J., & Mooney, A. (2018). COMPUTATIONAL THINKING in Secondary Education: Where does it fit? A systematic literary review. International Journal of Computer Science Education in Schools.

Moreno-Leon, J., Roman-Gonzalez, M., & Robles, G. (2018). On COMPUTATIONAL THINKING as a universal skill: A review of the latest research on this ability. In IEEE Global Engineering Education Conference, EDUCON.

II. Strategi 3 thesis

a. Foto (diambil daeri Proquest) berikut adalah 3 thesis terkini dalam topik Computational Thinking yang boleh dibaca, khususnya bahagian LR. Bahagian LR akan mengupas dan membincangkan perkembangan CT lalu memberi idea awal apakah yang berlaku dalam kajian2 sebelum dan semasa berkaitan CT utk memberi kefahaman dan idea awal kepada PG membina topik semasa kajiannya sendiri.

  1. Kedua-dua strategi I dan II di atas mungkin sahaja mengambil masa 3 jam untuk dibaca dan memberi gambaran awal ‘penguasaan’ PG akan tajuk kajiannya. Saya ulang, 3 jam sahaja.

  2. Selepas mendapat gambaran dan membentuk tajuk kajian… barulah pencarian artikel secara lebih fokus dilakukan, sedikit demi sedikit dgn artikel yang THE MOST RELEVANCE sahaja ! Tak adalah pening dan berserabut

  3. Kesimpulan.

Mengarahkan PG awal-awal terus membaca 300 artikel adalah saranan ‘tidak masuk aqal’ yang kelihatannya ‘gempak’ tetapi hanya mendatangkan kesulitan bukan pemahaman.

  1. Kenapa nama strategi ni MADU 3?

Saja jer… dah semuanya angka 3… aku namakan jer lah MADU 3… nak namakan 3 ABDUL pun boleh… 3 Dara boleh…3 Stooges pun boleh… :grin:

…Khidmat Terjemahan Melayu - English, Proofread, Transcribe dan Upah buat thesis >> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

Tajuk 1763 - Tajuk PG di tolak: Apa maksud ‘Luar bidang’ ?
Lately aku selalu dengar tajuk PG tak diterima kerana ‘luar / bukan bidang’. Tak mudah nk bagi pendapat dlm hal ini melainkn perlu merujuk amalan uni. ternama / established yg lain…

  1. Istilah ‘luar bidang’ ini boleh difahami jika PG berada di Jabatan Sejarah, maka PG tidak boleh buat kajian tentang Teknologi. Begitu juga PG yang berada di bawah fakulti sosial sains tidak sesuai membuat kajian experimen melibatkan tikus di makmal, begitu juga sebaliknya.

  2. Namun, ada tajuk yang melibatkan beberapa disiplin yang saling berkaitan katalah A, B dan C. Ini bermakna A boleh berada dalam bidang B atau C dan sebaliknya bergantung kepada weightage.

  3. Tentulah tidak tepat jika terus menolak tajuk hanya kerana wujudnya perkataan dari ‘bukan bidang’ sedang kajian keseluruhan mempunyai weightage kepada bidang kajian.

  4. Zaman dah berubah. Sempadan ‘bidang’ telah menjadi kabur. Maka tajuk kajian yang ‘baru’ perlu menjadi keutamaan dgn multidisiplin supaya wujud novelty (bukan terus menggali kelompongan dalam lompong yang sama). Ini spt bermakna, PG mampu menguasai dua bidang sekaligus !

  5. Kajian mungkin sahaja tidak lagi menggunakan hanya SATU teori dalam bidang kajian seperti zaman doulu-doulu, sebaliknya wujud beberapa teori yang dikombinasikan bersama secara smart utk menjawab RQ dan mencapai objektif kajian.

Contoh:

  1. Jika bidang Augmented Reality / Visual Reality, tentubya berada dalam bidang compter science. Namun, aplikasinya juga berada dalam pendidikan, marketing etc. Dalam kes ini, membuat kajian melibatkan AR / VR dengan social science atau sebaliknya tentulah tidak terkeluar bidang asalkan weightage nya diambilkira.
  • Jika AR / VR dibina dgn pengetahuan spt vision skills, 3D modelling, programming, C++ maka weightage nya adalah dalam CS tetapi boleh diaplikasikan dalam sosial science
  • Jika AR / VR yang tersedia diaplikasikan dalam education dgn mengkaji aspek science social maka ia mempunyai weightage dalam social science.
  1. Berikut adalah tajuk tesis PhD yang boleh berada dalam beberapa bidang. Menolak tajuk spt berikut atas alasan ‘luar bidang’ tentunya satu langkah kebelakang… apatah lagi yang menyatakan ia ‘luar bidang’ hanya tahu satu bidang sahaja.

a. AUGMENTED REALITY READING SUPPORT IN HIGHER EDUCATION: EXPLORING EFFECTS ON PERCEIVED MOTIVATION AND CONFIDENCE IN COMPREHENSION FOR STRUGGLING READERS IN HIGHER EDUCATION (2017).

  • Iowa State University
    Subjects: Augmented Reality; Motivation; Scaffolding; Adult and Continuing Education Administration; Instructional Media Design

b. CHARACTERIZING THE AUGMENTED AND VIRTUAL REALITY INDUSTRY (2017).

  • MIT
    Subjects: Engineering and Management Program; Integrated Design and Management Program.; System Design and Management Program.

c. ENLIGHT : A PROJECTED AUGMENTED REALITY APPROACH TO SCIENCE EDUCATION (2014)

  • MIT
    Subjects/Keywords: Computer Science; Science Education.

d. AUGMENTED REALITY FOR EDUCATIVE AND COLLABORATIVE ENVIRONMENTS (2014).

  • National University of Colombia
    Subjects: Computer science, Education

…Servis Translate BM-BI & Proofread, Transkripsi Audio, ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

ROTx - Mudah je nak perlekehkan Proposal PG (#3)

Muqaddimah:
Tujuan utama proposal bukan utk siapkan tesis tetapi utk MULAKAN KAJIAN dengan menyemak researchability dan untuk memulakan pembacaan yang lebih MENDALAM.

  1. Proposal TAK PERLUKAN CHAPTERS sebagaimana kajian pun tak perlukan chapter. Kajian hanya perlukan tajuk… pernyataan masaalah… RO… RQ… methodology dan maybe gantt chart. Masa present PD dan VIVA pun kita present kajian, bukan by chapters.
  2. Bila proposal disibukkan dgn 3 chapters yang tebal maka kecohlah pulak kenapa PG tak menyediakan proposal yg jelas dan ‘berkesinambungan’. Masing-masing dgn wajah kehairanan, kenapa lah PG ‘bengap’ sangat sedang bukan itu caranya PG patut menyediakan proposal.
  3. Proposal juga disibukkan dengan gap itu dan gap ini, melebihi keperluan kajian, sedang itu hanya satu pendekatan yang dianuti sebahagian old school yang ‘percaya kepada kelompongan’ dalam sosial sains, sedang yang lebih universal adalah problematization yang merangkumi juga extension, integration, innovation dan creation.
  4. Proposal perlu menonjolkan ‘contribution’ (spt contoh ROTx) yang dapat disusuri dari awal hingga akhir proposal
  5. PG dimangsakan dengan membuang banyak masa utk pastikan proposal lengkap dgn kerja-kerja editing, revision yang kadang-kadang berubah sana sini tak abis-abis sedang ia masih subject to change.
  6. Kajian bersifat HEURISTIC dgn ill-structured problematic, maka ia terdedah dgn komentar yang pelbagai fahaman, maka sayugia ia disediakan dalam bentuk proposal yang ringkas tapi lengkap utk kurangkan isu PG demotivated dijadikan bola ditendang ke sana sini dari awal sehingga VIVA.
  7. Kenapa PG kat obersi boleh hasilkan kajian yang hebat2 hanya dengan proposal 5 muka surat sedang PG kita terkial-terkial macam tak larat wpun berbekal proposal 50 muka surat yang sarat?
  8. Pemahaman asas PG akan jelas dengan proposal yang ringkas dan dapat dilihat kesinambungannya, baru diikuti selepas itu dengan pembacaan lanjut untuk pemahaman yang mendalam, susah ke nak faham?
  9. Proposal adalah blueprint aka kerangka kajian keseluruhan, maka ia mesti dilihat sebagai rangka utk dinilai kekukuhan rangka tersebut, bukan ketebalannya.
  10. Saya dah cuba bantu PG yang belajar di obersi menyediakan asas rangka ini… dari FROT ke ROT ke ROTplus (kini ada ROTx) then selepas 3 dan 4 tahun, mereka berjaya dgn kajian yang hebat ! Ada apa masalah?

Khidmat Proofread & Translate Jurnal & Thesis ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

© Copyright 2006-2020 MiriCommunity.net · A JacksonLiaw.com project.