Keupayaan golongan OKU perlu diasah: Fatimah

TINJAUAN: Fatimah(dua kanan) melawat ruang pemeriksaan kesihatan
atlet-atlet sihat.

TINJAUAN: Fatimah(dua kanan) melawat ruang pemeriksaan kesihatan atlet-atlet sihat.

BINTULU: Golongan istimewa dan orang kurang upaya (OKU) perlu diberi peluang dan dibimbing sebaiknya untuk mereka menyerlahkan keupayaan diri mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutama sukan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah berkata keupayaan golongan ini perlu diasah melihat kepada pencapaian cemerlang mereka dalam Sukan Paralimpik Rio 2016 sebelum ini, memberi harapan besar kepada golongan OKU untuk menyerlah.

“Disebabkan itu sekiranya golongan OKU diberi pelung mereka mampu mencapai kejayaan seperti individu normal,” katanya pada Majlis Penutupan Rasmi Sukan Olimpik Istimewa Negeri Sarawak Ke-4 di Stadium Mini Bintulu semalam.

Lebih 180 atlet istimewa dari Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu menyertai acara sukan tersebut.

Beliau berkata, penglibatan golongan profesional sama ada hospital kerajaan atau swasta memberi makna dan impak besar kepada umum mengenai keupayaan golongan OKU sekali gus memberi peluang kepada mereka mendapat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Katanya golongan istimewa ini perlu diberi peluang dari segi pendidikan, acara kesukanan dan rehabilitasi dalam komuniti supaya mereka mampu menjadi individu terus berjaya malah lebih daripada itu pada masa depan.

Justeru, penganjuran sukan seumpama ini dengan sokongan padu pihak berkaitan menjayakan acara-acara untuk golongan istimewa ini.

Turut hadir Pegawai Pediatrik Hospital Sibu yang juga penasihat Asia Pacific Regional Clinical Dr Toh Teck Hock.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/02/keupayaan-golongan-oku-perlu-diasah-fatimah/