Kerajaan lulus Sarawak hadkan pergerakan antara zon

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan permohonan kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon di Sarawak mulai 1 hingga 14 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daerah yang diletakkan di bawah Zon Satu adalah Kuching, Serian dan Samarahan, iaitu Zon Kuning/Merah COVID-19.

Katanya, Zon Dua adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang, iaitu Zon Hijau COVID-19.

“Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon yang ditetapkan perlu terlebih dulu mendapat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Lagi berita mengenai COVID-19

Source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715292/kerajaan-lulus-sarawak-hadkan-pergerakan-antara-zon

© Copyright 2006-2020 MiriCommunity.net · A JacksonLiaw.com project.