Kepulangan Morsidi ke MBM ibarat sirih pulang ke gagang

KENANGAN: Yii (depan, lima kanan) dan kaunselor serta kakitangan MBM 
bersama Junaidi (depan, lima kiri) dan Morshidi (depan, empat kanan) di Miri
malam kelmarin.

KENANGAN: Yii (depan, lima kanan) dan kaunselor serta kakitangan MBM bersama Junaidi (depan, lima kiri) dan Morshidi (depan, empat kanan) di Miri malam kelmarin.

MIRI: Bagai sirih pulang ke gagang, demikian Morsidi Fredrick menyifatkan dirinya yang pernah berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Miri (MPM) 20 tahun lalu sebelum dilantik setiausaha baharu pada 3 Januari lalu.

Kini beliau kembali semula selepas MPM dan Miri dinaik taraf sebagai bandar raya dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM), menyandang jawatan setiausaha menggantikan Junaidi Mohidin yang berpindah tugas sebagai residen Sarikei.

Majlis meraikan pertukaran tugas kedua-dua mereka diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, dihadiri Datuk Bandar MBM Adam Yii serta semua kakitangan MBM dan ahli majlis.

Yii ditemui mengalu-alukan ‘kepulangan’ Morsidi yang mempunyai pengalaman luas terutama dalam pengurusan bandar ini dan sejarah pembangunannya sejak dahulu.

Malah, beliau yakin dapat membentuk pasukan lebih mantap meneruskan misi dan visi memajukan Miri serta membangunkan bandar raya peranginan itu sebagai destinasi pelancong popular di Sarawak dan negara ini.

Sementara itu, pelbagai atur cara diadakan sempena majlis perpisahan bersama Junaidi.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2017/01/05/kepulangan-morsidi-ke-mbm-ibarat-sirih-pulang-ke-gagang/